APA KERJA JAIS?

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan di awal pagi sepanjang Ramadan ini.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Mohd. Hidayat Abdul Rani berkata, kekangan itu menyebabkan peniaga yang menjual kuih dan nasi lemak khususnya masih terus berleluasa.

Jelasnya, kesulitan juga sering timbul kerana pihaknya sukar untuk membuktikan seseorang muslim itu tidak berpuasa hanya dengan membeli makanan pada awal pagi.

"Kita tidak ada satu enakmen khas bagi membolehkan peniaga yang menjual makanan di awal pagi dikenakan tindakan terutama melibatkan umat Islam.

"Kita juga tak tahu sama ada dia jual kepada orang Islam atau bukan dan jika benar, kita tidak boleh tuduh seseorang itu tak puasa," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan segelintir peniaga di negeri ini yang menjual makanan terutama kuih dan nasi lemak pada awal bulan puasa ini.

Bagaimanapun Mohd. Hidayat menegaskan bahawa pihaknya tidak akan memandang remeh kegiatan tidak berpuasa di kalangan umat Islam di bawah pentadbirannya.

Menurutnya, JAIS mempunyai bilangan anggota penguat kuasa yang ramai di semua cawangan bagi menangkap mereka yang tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

"Kita telah menampal sejumlah poster terutama di premis makanan bukan Islam bagi mengingatkan mereka supaya berpuasa.

"Jika ditangkap mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 19 (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor dengan denda kurang RM1,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya," tegasnya.

No comments

Powered by Blogger.