APABILA PAK LAH BERSYARAT

PUTRAJAYA - Kerajaan mungkin sekali lagi mengkaji semula harga petrol bulan depan (Oktober), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam.

Beliau berkata, jika minyak global berharga AS$109 setong hingga akhir tahun, kerajaan mungkin mengurangkan harga bahan bakar di pam.

"Harga minyak mentah global kini ialah AS$109 setong. Jika ia kekal pada paras itu, pastinya saya sangat gembira untuk mengurangkannya sebanyak 15 sen berbanding harga semasa RM2.55 (di pam),'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan di sini.

"Doakan supaya ia (harga minyak mentah) tidak naik dan ia akan turun lagi.

"Kami kini memantaunya sepanjang masa,'' kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan.

Pada 23 Ogos lepas, harga minyak dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.55 seliter berbanding RM2.70. - Bernama

HAI NAK TURUN PUN BERSYARAT-SYARAT JUGAK.....AKU MACAM TAK PASTI JE BENDA NI..

No comments

Powered by Blogger.