NAMPAK PAK LAH SEMACAM JE?


Abdullah Ahmad Badawi memperkatakan sesuatu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (kanan) sambil diperhatikan Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 4 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail wajar tampil memberi penjelasan berhubung kenyataannya yang didakwa bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina, minggu ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah itu sejajar dengan kehendak pelbagai pihak yang mahu beliau tampil menjelaskan keadaan.

''Itulah kehendak pelbagai pihak walaupun dia (Ahmad) sudah menyatakan bahawa bukan niatnya untuk merendah-rendahkan orang lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di sini hari ini.

Abdullah berkata, pada masa ini beliau masih belum dapat menghubungi Ahmad bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu tersebut.

Beliau bagaimanapun menegaskan apa yang dikatakan oleh Ahmad tempoh hari tidak mewakili suara UMNO atau Barisan Nasional (BN).

''Saya tahu perkara ini amat berat kepada kaum bukan Melayu tetapi tolonglah ingat, itu bukan dasar UMNO, itu juga bukan dasar yang diakui oleh BN. Rata-rata rakan kita (dalam BN) juga tidak senang dengan apa yang dicakapkan itu," katanya.

Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina hanyalah menumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama.

No comments

Powered by Blogger.