hati-hati...sekarang musim ribut..

aku rasa la kalau ada jabatan yang boleh nilai ribut dalam umno dan bn kan best...hehehe....macam kat bawah ni...

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Perairan Phuket Dan Enam Negeri

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Angin kencang dan keadaan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka melanda perairan Phuket, Thailand serta empat negeri di Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak mulai hari ini sehingga Khamis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari Ahad angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj berserta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan itu termasuk di Bunguran, Condore, Reef North dan Pulau Layang-Layang.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Sementara itu, ribut petir di perairan pantai di Miri, Bintulu, Limbang dan Mukah di Sarawak serta di barat Sabah boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

"Keadaan ini dijangka berterusan sehingga malam ini," menurut kenyataan itu lagi.

Sementara itu, hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang yang sedang berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak utara dijangka berterusan sehingga petang ini.

-- BERNAMA

haha...hati-hati 6 negeri tu.....kot-kot la ribut nak tukar kerajaan..

No comments

Powered by Blogger.