jangan rasa syok sendiri dalam memimpin

Tiada Sebab Untuk MCA Keluar Daripada BN, Kata Ong Ka Chuan

IPOH, 7 Sept (Bernama) -- Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini berkata tidak ada sebab untuk parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) seperti mana gesaan daripada anggota akar umbinya.

Beliau berkata MCA bukanlah 'orang luar', sebaliknya bersama-sama Umno dan MIC sebagai pengasas kepada pembentukan parti Perikatan yang kini dikenali sebagai BN.

"Maka sebab itu sekiranya terdapat sebarang masalah, kita perlu menyelesaikannya bersama-sama. Itulah semangat yang patut kita ada dan bukannya membangkitkan soal menarik diri daripada BN. Menarik diri tidak akan menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita di sini hari Ahad.

Beliau berkata pada ketika ini perpaduan dalam kalangan parti komponen BN lebih penting daripada bercakaran sesama sendiri, apatah lagi dengan dakwaan pihak tertentu kerajaan BN akan ditumbangkan menjelang 16 Sept ini.

"Sebenarnya bukan orang lain yang akan menumbangkan kita sebaliknya kita (BN) sendiri yang akan menumbangkan diri kita. Kita perlu ambil pengajaran daripada perkara itu. Berhenti bergaduh, berhenti membangkitkan isu-isu yang boleh melukakan hati pihak lain dan bekerjalah secara berpasukan mencakupi konteks rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.

Sementara itu di KUALA KANGSAR, Timbalan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berharap sebarang masalah yang timbul akibat beberapa isu kebelakangan ini yang telah dipolitikkan oleh pihak tertentu akan dapat diselesaikan dalam semangat muhibah BN.

"Tidak perlu ada kata dua daripada mana-mana parti dalam BN untuk keluar daripada BN. Kita telah berada dalam gabungan ini lebih dari 50 tahun dan saya percaya masalah ini dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita di Masjid Taman Kuala Kangsar malam semalam.

Beliau turut menasihatkan agar semua pihak yang berkaitan berhati-hati dan tidak terlanjur kata dalam usaha memancing undi ketika menghadapi musim pemilihan parti masing-masing.

"Jangan kerana kita terlalu hendak memancing undi dalam pemilihan parti kita sendiri, kita sanggup keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam BN. (Pemuda) Umno akan menghadapi pemilihan juga dan janganlah kita keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan kita dengan parti komponen yang lain.

"Sama juga dengan Pemuda MCA, jangan kerana hendak jadi hero dalam parti sendiri maka keluarkan kenyataan yang boleh mengguris perasaan kawan-kawan yang lain dalam BN," katanya.

Semalam bekas Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Han Chin Peng dan bekas Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng menggesa pucuk pimpinan MCA supaya menimbangkan untuk keluar daripada BN.

-- BERNAMA

hang sorang je yang rasa sedap dok dalam bn...arang lain dah tak tahan bau busuk....eeee.....yekkkkk

No comments

Powered by Blogger.