Banjir sekitar Yan, lebih 1,000 dipindah
YAN 7 Sept. – Seramai 1,083 orang daripada 257 keluarga di sekitar daerah Yan dan Kuala Muda terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir sementara di sini selepas rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan yang melanda negeri ini sejak dua hari lalu.
Kesemua mereka dipindahkan secara berperingkat mulai tengah malam tadi ke lima pusat pemindahan iaitu Masjid Pekan Teroi, Surau Teroi Bukit, Masjid Titi Teras, Dewan Serbaguna Guar Chempedak dan Surau Kepala Bukit di sini.
Dalam pada itu, 41 pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Selasa depan di Sekolah Kebangsaan Teroi, akan ditempatkan di sekolah itu dengan pengawasan guru bagi menghadapi peperiksaan tersebut.
Sementara itu, seorang warga emas, Aishah Lebai Salleh, 75 dari Kampung Dulang Kechil dekat sini menjadi korban pertama banjir di negeri ini. – Utusan.
jom sama-sama kita tolong apa yang patut........
No comments
Post a Comment