sapa kata mb selangor tak turun padang?

MENJENGOK SENDIRI RUMAH MANGSA BENCANA

YAB Dato' MB Selangor Tan Sri Khalid sendiri telah turun padang menjengok mangsa bencana serta rumah-rumah mereka serta berpeluamg beramah mesra dengan penduduk dalam keadaan hujan renyai-renyai sejurus selepas menyampaikan bantuan dalam satu majlis yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Telok Gadong.
Berebut mencari tempt berteduh di bangsal basikal apabila meninjau kerosakan di sekitar Sekolah Keb Sg Udang / Telok gadong.


PENYAMPAIAN BANTUAN BENCANA KEPADA MANGSA RIBUT DAERAH KLANG OLEH YAB MB SELANGOR

Majlis di atas telah diadakan di Dewan Orang Ramai Telok Gadong pada pagi 06hb September 2008 yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor. Turut hadhir ialah YB Rodziah, Exco Wanita, Kebajikan, Sains dan Innovasi negeri Selangor, yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang, Tuan Pegawai daerah Klang dan Pengarah Lembaga Zakat Selangor (LZS). Pihak penganjur majlis ialah Pejabat Daerah Klang.



ADUN Selat Klang sedang memberi ucapan alu-aluan
YAB Dato' MB Selangor sedang berucap
Penduduk kawasan Selat Klang yang menjayakan program
Sebahagian dari individu yang menerima bantuan bencana dari YAB MB sendiri
YAB Dato' MB Selangor sedang memberi menjawab soalan pemberita


hangpa ni lai la sendiri berita dalam surat kabar.....haprak punya paper!!!

1 comment

dariana said...

Ttg benda ni, ana setuju sangat penjelasan tanseri MB. cukup bijaksana, waras dan sesuai dengan apa yg ada dalam fikiran ana.
takkan lah semua benda MB kena turun padang. exco dan yb2 ada kan? sesekali ke banyak kali ke berilah peluang kpd mereka.

ini benda nak bagi sijil tadika ke..letak batu asas balairaya ke..jengok rakyat miskin ke.. takkan semua nak MB kita buat semua...PM,TPM @ MB, YB Umno/BN boleh le buat keja banyak bazir masa, wang dan tenaga kerja tu...
..jadi kita kena timbang2lah

TAPI YANG SURAT KABAR MINGGUAN MELOYA,TV dok sibuk perbesarkan benda ni pun satu hal.pantang tahu/lihat benda2 remeh macam ni terus nak berniaga!! hai..pablisiti murahan..

Powered by Blogger.