Kelantan tetap beri bonus walaupun sumber kewangan negeri tidak kukuh

Kelantan akan tetap membayar bonus sebulan kepada kakitangan kerajaan negeri tahun ini seperti diterima kakitangan sektor awam di peringkat pusat walaupun hutang kerajaan negeri telah melebihi nilai asetnya.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui sumber kewangan kerajaan negeri pimpinan Pas itu lemah tetapi telah mengambil langkah berjimat cermat.


Bagaimanapun, Mursyidul AM Pas itu tetapi mempertahankan bahawa pentadbiran kerajaan negeri tidak pernah membazir kerana ia merupakan satu amalan dosa.

No comments

Powered by Blogger.