16 September 2008 (15 Hari Lagi) Perbincangan Terkini Ke PutraJaya
"
Peduli
Tinggal 15 hari lagi, September 16, 2008.
Atas rasa peduli terhadap Rakyat Malaysia, Anwar Ibrahim akan teruskan misi kita ke PutraJaya, dan membentuk kerajaan baru, dan kini sedang dalam pertemuannya dengan beberapa Ahli Parlimen, Yang Berhormat, dari Barisan Nasional.
Satu pemaufakatan penuh peduli.
Daripada jumlah 140 Ahli Parlimen Barisan Nasional, ada beberapa yang tidak pedulikan langsung suara Rakyat, mahupun masyarakat pengundi di kawasannya.
Cuma yang mereka pedulikan ialah kesenangan yang mereka nikmati sekarang, kerana mereka hanya taat setia tidak berbelah bagi kepada Abdullah Ahmad Badawi. Juga mereka mahu kekal terus dalam UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, SAPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, SPDP, dan PRS, ya, di dalam Barisan Nasional, yang sudah tidak relevan lagi.
Pada 17 September 2008, Rakyat Malaysia akan menyaksikan siapakah di antara Ahli Parlimen ini yang tidak pedulikan kita ini.
Seperti mana Rakyat Malaysia mengutuk 129 Ahli Parlimen, yang telah bersetuju meluluskan penstrukturan semula subsidi minyak petrol dan diesel.
Ahli Parlimen yang tidak pedulikan suara Rakyat Malaysia ini, akan terus dikutuk.
Tidak mengapa, hak mereka masing-masing untuk tidak pedulikan suara Rakyat Malaysia kini, namun, usahlah nanti tersengeh-sengeh, mahu bersalam-salaman dengan kami, untuk menagih undi di PRU 13.
Sambutan
Rakyat Malaysia menyambut kemenangan kita di P 44 Permatang Pauh, juga kembalinya jejak kaki Anwar Ibrahim di Parlimen, dan seterusnya ke PutraJaya, dalam perancangan terkini.
.
.
Sumber gambar: http://www.mantra-indeeptots-blogspot.com/
Membaca akhbar bukan arus perdana, seperti Siasah, para wartawan merakamkan betapa kemenangan di P 44 Permatang Pauh disambut di seluruh negara.
P 44 Permatang Pauh, bukan sahaja kemenangan Anwar Ibrahim, bukan sahaja kemenangan pengundi dan penduduk Permatang Pauh, malahan kemenangan sebahagian besar dari seluruh Rakyat Malaysia.
Mujurlah tiada acara sambutan besar-besaran, jika tidak ada pihak luar bakal menyangka 26 Ogos 2008 ialah sambutan Hari Kemerdekaan di Malaysia. Menenggelami, kebiasaannya Hari Merdeka pada 31 Ogos 2008 yang lalu.
Ramai tidak ada mood lagi untuk menyambut perayaan anjuran kerajaan Barisan Nasional, selagi pemimpin itu-itu juga melakukan itu-itu juga dari 2003, hingga kini, dan mood jelak dan bosan ini berterusan mungkin hingga pertengahan 2010.
Perubahan
Suara Rakyat Malaysia mahukan perubahan. Perubahan yang dibawa dan bakal diusahakan oleh Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, terutamanya dan rakan-rakan lain yang dalam kesepaduan suatu pakatan unggul, yakni Pakatan Rakyat.
Pemimpin dan parti komponen Barisan Nasional masih membiarkan dirinya, dan ianya, terperangkap dalam isu remeh seperti mendapatkan sampel DNA, juga satu kes liwat agenda yang digembar-gemburkan, dan baru-baru ini tidak bertindak tegas permainan isu sensitif mengenai kaum dan agama.
Kegagalan
Barisan Nasional kini masih mempunyai dan melaksanakan formula yang penuh kegagalan. Diterajui pemimpin yang lemah, lembik, lesu, dan longlai. Maka tidak sesuai lagi dalam konteks Malaysia kini.
Lebih-lebih lagi ketiadaan satu pakej total penyelesaian ekonomi, dengan bajet yang hambar, dan sebaliknya memilih untuk tunduk kepada tekanan spekulasi peringkat global, justru kerajaan Barisan Nasional, sanggup melaksanakan perancangan dan keputusan yang menekan Rakyat Malaysia sehingga kita menderita dan terus sengsara.
Bila diterjah, jawapan biasa diberikan ialah, "nak buat macam mana?"
Habis!
Pemimpin dan parti komponen Barisan Nasional, ketandusan idea, tiada daya upaya lagi lalu harapan supaya Rakyat dan Negara cemerlang, gemilang, dan terbilang, sedang menjurus dan menjerumus kepada malang, kecundang, dan lintang-pukang.
Isu kehilangan hak Pulau Batu Putih; isu berjuta ringgit diperuntukkan semata-mata untuk menangani isu selenggara pendatang asing; amalan rasuah semakin berleluasa; peningkatan jenayah dan gejala sosial; pemantapan Badan Kehakiman disenyapkan, dan banyak lagi, kini membebankan bahu jemala Ahli Parlimen Barisan Nasional.
Hilang Fokus
Pemimpin dan parti komponen Barisan Nasional sudah hilang fokus.
Di antara melakukan kebaikan untuk Rakyat Malaysia yang samar dan tidak jelas, sebaliknya usaha kepemimpinan Barisan Nasional kini lebih tertumpu kepada mengekang kemaraan Anwar Ibrahim ke PutraJaya.
Sedangkan Anwar Ibrahim membawa sinar harapan baru untuk Rakyat Malaysia. Sinar ini semakin terang dengan kelebihan Parti KeADILan Rakyat - keharmonian Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia - kerohanian Rakyat, dan Democratic Action Party - pembaharuan sistem terutama perundangan untuk kesaksamaan Rakyat, dan banyak lagi kebaikan dibawa kini dan bakal menyusul.
Kesemua ini, akan lebih cantik dan murni dengan penyertaan Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, SAPP, PBS, LDP, PBRS, UPKO, SPDP, dan PRS, istimewa sekali mereka yang baik dan berhati mulia ingin kembali kepada perjuangan kemanusiaan tulen dan sejagat, terutamanya untuk Rakyat Malaysia, dan inilah yang tiada dalam acuan Barisan Nasional.
Doa Mohon Kuasa-Nya
Sama-sama kita doakan di bulan Ramadhan yang mulia ini, tergerak hati Ahli Parlimen, Yang Berhormat dari parti komponen Barisan Nasional, untuk bersetuju menyertai Pakatan Rakyat, dan bersama Anwar Ibrahim dan rakan seperjuangan kita untuk membentuk kerajaan baru di Malaysia.
Kuasa yang tiada kuasa melainkan kuasa-Nya, InsyaAllah bersama kita, bila Anwar Ibrahim mula bertemu Ahli Parlimen, Yang Berhormat, untuk pemaufaktan murni ini, ketika tinggal 15 hari sahaja lagi, demi menyelamatkan Malaysia dari kelemahan dan kekejaman kerajaan Barisan Nasional, terhadap Rakyat Malaysia.
Kejayaan kitaSama-sama kita saksikan, kita ke PutraJaya, dan kerajaan baru yang terbentuk pada 16 September 2008, kembali kepada hak sebenar Rakyat Malaysia.
No comments
Post a Comment