kenapa mamat ni ulas jugak?

ATM bimbang isu kaum timbulkan huru-hara

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal mengingatkan bahawa isu perkauman yang ditimbulkan oleh ahli- ahli parti politik pada masa ini boleh menjurus kepada keadaan huru-hara.

Beliau berkata, pasukan tentera amat bimbang dengan senario itu dan menyarankan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menimbulkan isu perkauman tersebut.

Menurutnya, isu perkauman merupakan antara ancaman yang mampu mengganggu-gugat keselamatan negara.

"Untuk mengelakkan perkara seumpama itu (huru-hara), kami mengambil maklum mengenainya dan menyatakan isu ini tidak harus dibangkitkan.

"Ia ancaman yang boleh menghuru-harakan negara,'' tegas beliau pada majlis penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pergerakan Wanita UMNO di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menyerahkan 6,000 bungkusan mengandungi kuih, tuala, kain pelikat dan kole kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abdul Aziz berkata, sumbangan itu akan disampaikan kepada anggota tentera yang bertugas pada Aidilfitri termasuk 453 anggota yang terlibat dalam misi keamanan di luar negara.

Pada majlis yang sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pasukan polis sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi pelbagai kemungkinan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

"Kami sedia berkhidmat siang dan malam, hujan dan panas tanpa makan dan minum untuk menjaga kesejahteraan negara,'' katanya.

1 comment

Cob Nobbler said...

"Ia ancaman yang boleh menghuru-harakan negara,'' tegas beliau pada majlis penyerahan sumbangan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pergerakan Wanita UMNO di sini hari ini.

haha...yang si general sengal ni boleh pulak melepak-lepakkan diri kat Pergerakan Wanita UMNO ni ape kes?Tembak la rasis2 durjana tu hahaha!!

Powered by Blogger.