LAGI SUARA TAK PUAS HATI PADA BN

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat hari ini menyeru semua parti komponen Barisan Nasional (BN) berganding bahu sebagai sebuah pasukan bagi mengatasi masalah dan tekanan yang mereka hadapi selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Katanya, BN perlu menilai semula dan kembali mengamalkan konsep perkongsian kuasa yang menjadi amalannya selama ini.

Beliau berkata walaupun Umno tulang belakang BN, tetapi ia tidak mempunyai penguasaan terhadap parti gabungan itu dan oleh yang demikian, Umno perlu menimbang secara serius kebimbangan yang dirasai oleh parti lain.




“MCA boleh tinggalkan BN, tapi itu hanyalah antara pilihan yang ada.

"Langkah paling penting dan tepat yang patut dilakukan sekarang ialah pemimpin semua parti komponen berganding bahu bagi menangani isu yang sedang dihadapi ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Ong berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai dalam sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini bahawa MCA tidak sepatutnya memikul beban yang timbul selepas pilihan raya umum 8 Mac, hingga mendorong sesetengah pemimpin peringkat akar umbi menggesa parti itu meninggalkan BN.

Mengenai keengganan Datuk Ahmad Ismail memohon maaf terhadap kenyataannya yang dikatakan berbaur perkauman semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lalu, Ong berkata perkara itu perlu diselesaikan oleh pemimpin tertinggi Umno kerana ia masalah dalaman parti itu.

Terdahulu, Ong, yang juga Ahli Parlimen Pandan, berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi meminta kerajaan negeri membatalkan pelaksanaan projek tanah perkuburan di Taman Bukit Teratai.

Katanya langkah ini diambil sejajar bantahan penduduk tempatan dengan alasan projek yang dicadangkan itu terletak terlalu dekat dengan kawasan kediaman dan hutan simpan. - Bernama

BUAT I TIDUR BERDEBAR-DEBAR DAN TIDUR TAK LENA....HANG MACAM MANA?

No comments

Powered by Blogger.