Majlis berbuka puasa PAS dan DAP Pulau Pinang

PULAU PINANG, 5 Sept (Hrkh) - Majlis berbuka puasa anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang bersama kepimpinan DAP Pulau Pinang yang diketuai Setiausaha DAP Kebangsaan merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berlangsung dalam keadaan mesra dan hormonis.


ImageLim yang datang pukul 6.50 petang disambut oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man, Timbalannya, Hamdan Abdul Rahman, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa dan Ustaz Takiudin Hamzah bersama kepimpinan yang setia menanti rombongan DAP yang ingin merasai kemanisan berbuka puasa terutamanya ketika menanti detik-detik terakhir jarum jam mencecah 7.25 minit malam.

Semua Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri hadir kecuali Ketua Dewan Pemudanya, Ustaz Hafiz Nordin kerana ada komentmen lain yang tidak dapat dielakkan.

Begitu juga ketiadaan wakil Dewan Muslimat PAS Negeri mungkin sukar untuk meninggalkan keluarga serta sibuk melayan kerenah anak-anak di rumah.

Sebelum menjamu selera di Restoran Kassim Mustaffa di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Ustaz Mujahid selaku pengerusi majlis menjemput Ustaz Salleh Man memberikan sedikit ucapan ringkas serta disusuli dengan ucapan Lim sebagai tetamu.

ImageSemasa ucapannya Lim Guan Eng banyak menyentuh tentang betapa pentingnya pertemuan diadakan lagi untuk mempereratkan kerjasama dalam Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Walaupun PAS tiada dalam barisan exco namun beliau berharap ahli dan kepimpinan PAS negeri dapat memberikan pertolongan melalui agensi-agensi lain atau membantu exco yang sedia ada contohnya Timbalan Ketua Menteri, Mohamad Fairuz Khairudin yang memegang potfolio Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat serta Abdul Malek Abul Kassim yang diamanahkan menerajui Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Bukan sahaja kedua mereka PAS boleh membantu malahan kesemua exco dialu-alukan demi menjagai kemenangan yang diperolehi sejak 8 Mac lalu.

"Kita mahukan kesepaduan tenaga bersama di samping buah fikiran untuk memantapkan Kerajaan Negeri yang dimenangi dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Anggaplah kemenangan itu kemenangan bersama hasil mandat rakyat," ujarnya.

Beliau juga menambah, jangan sekali-kali memberi ruang untuk Barisan Nasional (BN) memecahkan ikatan yang dimeterai kerana selagi Pakatan Rakyat kuat BN akan lumpuh.

Selepas beliau berucap, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin membaca doa kesejahteraan dan dituruti dengan jamuan sumbangan restoran berkenaan. - mns_

No comments

Powered by Blogger.