Musa Hassan tampil buktikan tidak lumpuh
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini bersemuka dengan media bagi membuktikan beliau tidak lumpuh dan mampu bertutur secara normal.
Beliau berkata, berita yang tersebar mengenainya itu satu fitnah dan pembohongan.
Beliau kini dalam keadaan sihat, malah menjalani proses pemulihan yang cepat selepas membuat pembedahan pintasan koronari jantung Institut Jantung Negara (IJN) pada 19 Ogos lalu.
"Saya kesal apabila membaca Berita Harian hari ini di mana hingga Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar terpaksa menafikan adanya laporan saya lumpuh dan nazak ketika menjalani pembedahan itu.
"Pada saya ini satu fitnah yang amat jahat dan dibuat oleh mereka. Ini berita palsu dan zalim ditujukan kepada keluarga saya, mereka turut menipu rakyat," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini, hari ini.
Musa berkata, beliau sedikit pun tidak mengalami rasa sakit malah sudah mampu berjalan kira kira dua jam selepas menjalani pembedahan malah mampu berjalan ketika berada di wad.
Katanya, beliau akan kembali bertugas awal Oktober ini selepas bercuti sakit selama 49 hari.

ALHAMDULILLAH....MUDAH-MUDAHAN CEPAT SEMBUH TAN SRI
2 comments
ceh... cilako boto... buek ghugi yo aku beli bungo cino mampuih... ingat nak deliver umah dio...
cih...
hebat dia.....xsakit pun...berlagak tol...jgn takbur nanti tuhan balas lagi teruk tan sri
Post a Comment