mat..hang jangan risau..

RANTAU PANJANG 7 Sept — Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menasihati semua pihak supaya tidak membuat pelbagai spekulasi mengenai kes Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail memandangkan kes berkenaan sedang dalam proses siasatan.

Beliau berkata, pihak polis sedang menyiasat kenyataan Ahmad yang dikatakan berunsur hasutan namun enggan mengulas lanjut tentang perkembangan siasatan berkenaan yang disifatkan masih terlalu awal.

“Siasatan terhadap kes ini merupakan siasatan biasa dan mengikut prosedur biasa, kalau hasutan kita akan siasat bawah Akta Hasutan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Timbalan Ketua Polis Negara di Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, semalam.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan derma kepada kira-kira 30 orang terdiri daripada kanak-kanak istimewa, ibu tunggal dan golongan miskin.

Turut hadir ialah Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hussin Ismail dan Komander Briged Tenggara Datuk Abd Rahim Jaafar.

Ismail berkata, polis akan cuba sedaya upaya mempercepatkan siasatan kes itu sebelum menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara untuk keputusan selanjutnya.

Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina hanya menumpang di negara ini pada satu ceramah di Permatang Pauh bulan lepas. - Bernama

hang jangan risau mat....depa takut kat cincin hang tu hahahaha

No comments

Powered by Blogger.