adakah kita tahu sapa yang hina agama islam
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Polis memberi jaminan akan mempercepatkan siasatan ke atas pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin berhubung kes beberapa artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pada masa yang sama, polis memerlukan masa bagi menyiasat kes-kes melibatkan Raja Petra.
Beliau berkata, para pegawainya masih mengumpul maklumat dan jika terdapat bukti yang kukuh, pihaknya akan mendakwa Raja Petra di mahkamah.
Ditanya sama ada polis akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Raja Petra, beliau berkata, pada masa ini siasatan dijalankan mengikut Akta Hasutan.
"Kita sedang percepatkan siasatan terhadap kes ini (Raja Petra) mengikut peruntukan undang-undang dan dalam proses kumpul bukti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam membuat laporan polis ke atas Raja Petra ekoran artikel dan komentar pembaca pada laman web itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Laporan polis ke atas laman web dan penulis blog itu turut dilakukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Balai Polis Putrajaya pada pukul 12.30 tengah hari.
Kelmarin, Raja Petra dipanggil bagi memberi keterangan kepada polis berhubung penyiaran satu perakuan bersumpah seorang doktor Hospital Pusrawi di laman web Malaysia Today, 7 Ogos lalu.utusan
bang kalau wat konset hina agama tak??
kalau wat majlis maksiat hina agama tak?
adakakah kerajaan tahu apa itu menghina agama???
apa yang kau tahu....
No comments
Post a Comment