awai bagi duit raya...

PEKAN 6 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM41.84 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara sebagai persiapan mereka menghadapi Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau berkata, setiap peneroka bakal menerima antara RM200 hingga RM400 seorang yang akan dibayar sebelum 1 Syawal ini.

‘‘Pada tahun ini kadar pemberian duit raya kepada peneroka dibahagi kepada dua kategori iaitu peneroka yang menjual hasil kepada Felda iaitu sebanyak RM400 dan RM200 kepada peneroka yang tidak menjual hasil kepada Felda.

‘‘Daripada jumlah RM41.84 juta, sebanyak RM38 juta diperuntukkan kepada 96,542 peneroka yang menjual hasil kepada Felda manakala lebih RM3 juta diperuntukkan kepada 16,093 peneroka lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat hak milik tanah kepada 203 peneroka dan Program Rahmat Ramadan Felda Chini Lima di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Yusof Noor.

Najib memberitahu, pecahan kategori itu dibuat bertujuan menggalakkan peneroka untuk terus bersama-sama menyertai program Felda dalam mengusahakan kebun mereka dan memajukan tanah rancangan.

‘‘Bagi yang menjual hasil kepada Felda, kadar duit raya yang diterima tahun ini meningkat sebanyak RM50 berbanding dengan RM350 yang dibayar pada tahun lalu” jelasnya.

Menurut beliau, jumlah bayaran duit raya itu meningkat sebanyak RM2.4 juta berbanding dengan RM39.44 yang dibayar pada tahun lalu.

dapat kat hangpa brapa????

telan bagi banyak duit rakyat

No comments

Powered by Blogger.