Samak berehat rawat kecewa..ajak pak lah sekali
BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej bersembunyi di kediamannya dengan dikawal ketat oleh anggota keselamatan di sebalik protes berterusan yang mendesak beliau meletak jawatan.
Lebih 150 polis berkawal di luar kediaman pemimpin berumur 73 tahun itu yang kini sedang berehat, kata jurucakap kerajaan, Wichianchot Sukchotrat .
“Perdana menteri tidak mempunyai jadual rasmi hari ini (semalam). Beliau berehat di rumah,” tambah Wichianchot.
Samak mengisytihar Bankok di bawah perintah darurat pada Selasa lalu selepas tunjuk perasaan antikerajaan berkampung di luar kompleks kerajaan sejak 26 Ogos lalu.
Angkatan tentera tidak menyokong perintah darurat itu dan kelmarin Samak menyatakan kekecewaannya setelah beberapa usaha termasuk tawaran referendum disambut dingin seterunya.
“Kami gagal menangani masalah ini menerusi mahkamah, tentera atau perintah darurat. Semua gagal,” kata Samak.
Namun ketua turus tentera terus menolak kemungkinan untuk mengambil alih pentadbiran negara bagi menyelesaikan krisis tersebut.
“Tidak ada siapa yang berfikir untuk melancarkan rampasan kuasa sekarang ini. Itu bukan pilihan. Pintu ditutup.
“Tetapi jika situasi berterusan dan rakyat mahu kami bertindak maka saya tidak tahu apa yang akan berlaku,” kata Komandan Agung, Boonsrang Niumpradit. – Agensi
lu ajak la wa punya pm p berihat sekali...dia manyak teruk dah sekarang hehehehe
No comments
Post a Comment