MCA Larang Guna Telefon Bimbit Semasa Pemilihan Parti

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Jawatankuasa Pengelola Pemilihan MCA memutuskan untuk melarang penggunaan telefon bimbit semasa pemilihan parti itu pada 18 Oktober ini, bagi mengelak kemungkinan mempengaruhi prosedur pengundian.

Pengerusinya Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata keputusan mengenainya dibuat pada mesyuarat jawatankuasa itu tengah hari Khamis, dan ia harus juga mula dilaksanakan pada pemilihan wanita dan pemuda MCA negeri akan datang.

"Kami akan sediakan sampul surat kepada perwakilan untuk mereka simpan telefon bimbit mereka, sebelum mereka mula mengundi di pusat mengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Catur Cina Kebangsaan 2008 di sini.

Ong yang juga setiausaha agung MCA berkata perwakilan akan dibenarkan membawa sampul surat yang telah digam dengan sempurna ke pusat pengundian, dan mereka hanya boleh membuka sampul surat selepas meninggalkan pusat itu.

"Jawatankuasa pengelola akan memantau seluruh proses, bagi menghalang perwakilan mengambil gambar kertas undi dengan telefon bimbit mereka untuk sebab-sebab yang tidak diketahui, yang berlaku di pemilihan bahagian dan cawangan di Johor bulan lepas," katanya.

-- BERNAMA

LUGI LA...KALAU TAK BOLEH TENGOK GUSTI MCA KALI NI...LUGI...LUGI...

No comments

Powered by Blogger.