GAJI GURU MUNGKIN NAIK LAGI

Komposisi Guru Melayu Dan Bukan Melayu Di Sekolah Dirapatkan

NILAI, 5 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelajaran berharap supaya komposisi antara guru Melayu dan bukan Melayu dapat dirapatkan melalui penawaran gaji dan ganjaran lebih lumayan daripada kerajaan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata bahawa 30 tahun lepas, terdapat ramai guru bukan Melayu di sekolah milik kerajaan tetapi ia berkurangan selepas itu mungkin disebabkan tarikan syarikat swasta dan peluang perniagaan.

"Sekolah-sekolah hari ini dikuasai lebih ramai gurubesar dan pengetua perempuan berbanding lelaki, disebabkan wanita paling ramai memohon menjadi guru dahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wee berkata bahawa pada masa ini seorang graduan menikmati gaji RM2,500 sebulan sebagai guru, dan ini bersamaan gaji seorang pengurus di kilang.

Katanya kekurangan guru besar bukan Melayu di sekolah-sekolah kerajaan bukan kerana mengamalkan pilih kasih.

"Kenaikan pangkat tidak melihat pada warna kulit atau bangsa kerana perkembangan karier seseorang guru itu lebih kepada kecemerlangan dan merit beliau," kata Wee.

--BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.