mesyuarat MT UMNO semalam paklah kena balun?

kalau Abdullah buat tak peduli, Abdullah akan dihina dan dimalukan oleh warga UMNO di peringkat bahagian. Mana nak sorok muka kalau ini terjadi?
kalau Abdullah buat tak peduli, Abdullah akan dihina dan dimalukan oleh warga UMNO di peringkat bahagian. Mana nak sorok muka kalau ini terjadi?semua ahli-ahli senior MT UMNO dok balun Abdullah cukup-cukup. Mereka kata, Abdullah kena bersara untuk selamatkan UMNO dan Malaysia.

ABDULLAH DIDESAK SEGERA BERSARA

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (18 September 2008) panas menggelegak. Abdullah Badawi didesak berhenti sebagai PM dan Presiden UMNO. Kalau engkar, Abdullah akan disingkirkan oleh perwakilan UMNO bahagian.

Abdullah pun terkejut monyet dan terpinga-pinga. Kali ini nampaknya, sorry. Kalau dia tak dengar kata MT UMNO tentu dia akan terbongkang. Sapa pun tak boleh bantah perminaan MT UMNO ni. Khairy tak boleh bantah. Kamaluddin tak boleh beta. Kalimullah tak boleh halang. Patrick Badawi pun tak boleh buat apa-apa.

Pokoknya, kalau Abdullah buat tak peduli, Abdullah akan dihina dan dimalukan oleh warga UMNO di peringkat bahagian. Mana nak sorok muka kalau ini terjadi?

Dengar kisahnya, semua ahli-ahli senior MT UMNO dok balun Abdullah cukup-cukup. Mereka kata, Abdullah kena bersara untuk selamatkan UMNO dan Malaysia.

Syabas pada Kak Fidah, Abang Din, Tajol, Idris Jusoh, Shafie Afdal dan lain-lainnya. Tak taulah kalau Azalina turut berkata-kata. Tak taulah kalau Hisammuddin turut berbicara. Yang pasti, panas. Merah telinga Abdullah dibuatnya!

Kalau gitu kisah MT UMNO kali ini, baguslah. Mintak-mintak Abdullah tak lagi main kong-kali-kong. Mintak-mintak Abdullah buat keputusan once and for all. Jangan tunggu-tunggu lagi. Berhentilah sebelum anda dipersarakan dengan terhormat dan segera!

http://politica-net.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.