Mukhriz tanding ketua Pemuda Umno

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan parti itu Disember depan.

Beliau yang juga ahli exco Pemuda Umno itu akan membuat pengumuman rasmi mengenainya Sabtu ini.

Mukhriz akan berbuat demikian dalam satu majlis di perkarangan Pondok Maharizan di Alor Star.

mukhriz mahathir and umno pemudaMenurut pembantunya, ketua-ketua penerangan Umno bahagian dari seluruh negara dijangka turut menghadiri majlis tersebut.

Ini bermakna beliau merupakan calon pertama yang mengesahkan secara rasmi akan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.

Majlis tersebut akan disusuli dengan satu sidang akhbar serta majlis sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di Masjid Tok Kepak.

Selain Mukhriz beberapa pemimpin pergerakan itu, termasuk Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin dijangka turut bertanding jawatan tersebut.

Seorang lagi ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Bagaimanapun, Khairy dan Dr Mohd Khir belum membuat pengumuman rasmi untuk bertanding jawatan tersebut.

Manakala Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob pula dilaporkan semalam, sebagai berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan itu.

Jawatan ketua Pemuda kosong selepas penyandangnya Datuk Hishammuddin Hussein mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut Disember ini.

selamat berjuang datuk! lawan pak lah sekuat-kuat........umno semakin hancur

No comments

Powered by Blogger.