PERBEZAAN UMNO DENGAN PAS....


a
Dalam suasana politik Malaysia yang kian meruncing, sebagai seorang Melayu, memang terdetik dalam sesaat untuk menyatakan rasa simpati dan kasihan kepada empunya nama Abdullah Ahmad Badawi yang semakin ditelanjangkan oleh rakyat Malaysia sendiri sama ada di dalam UMNO, Barisan Nasional mahupun daripada parti-parti pembangkang.

Dalam suasana politik Malaysia yang kian meruncing, sebagai seorang Melayu, memang terdetik dalam sesaat untuk menyatakan rasa simpati dan kasihan kepada empunya nama Abdullah Ahmad Badawi yang semakin ditelanjangkan oleh rakyat Malaysia sendiri sama ada di dalam UMNO, Barisan Nasional mahupun daripada parti-parti pembangkang.

Dolah yang kita kenali kini merupakan insan yang paling malang sekali dalam situasi politik Malaysia apabila berhadapan dengan situasi yang kian meruncing dan ianya membawa satu lagi episod dalam pemerintahan Dolah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling gagal.



Selepas Tsunami pertama pada 8 Mac lalu, Dolah dikenali satu-satunya Perdana Menteri yang menjadi Ahli Parlimen di kawasan pembangkang, namun kini, Dolah diibaratkan “Sudah jatuh ditimpa tangga” apabila kerajaan Barisan Nasional di bawah pemerintahan beliau mengalami saat-saat kejatuhan yang memalukan beliau dan juga pemimpin-pemimpin UMNO lain.

Apa yang lebih tragis ialah, apabila Dolah dengan usaha susah payahnya melarikan Ahli-ahli Parlimennya ke Taiwan dan berhempas pulas bergegas membawa MP-MP ini daripada Taiwan ke Hong Kong setelah 5 orang ahli parlimen Pakatan Rakyat turut ke Taiwan dalam merealisasikan agenda 916.

Apa yang pasti, sekuat mana pun usaha Dolah dalam menyembunyikan kelemahan pentadbirannya, namun ianya semakin ditelanjangkan oleh rakyat Marhaen dan juga masyarakat dunia yang sekarang sedang mentertawakan kerajaan UMNO dibawah pimpinan Dolah ini. Dolah masih merancang strategi sama ada busuk ataupun mencari dahan politik bagi mengekalkan kekuasaan walaupun beliau tahu bahawa, beliau tidak mampu lagi untuk mentadbir Malaysia.

Walau apa pun perasaan simpati rakyat terhadap Dolah, namun kekejaman Dolah terhadap rakyat selama ini tidak dapat dilupakan walau sesaat pun semasa memikirkan rasa simpati terhadap Dolah ini. Rompakan wang berbillion-billion ringgit yang dilakukan oleh Dolah sekeluarga dan juga pemimpin UMNO tidak mampu dilupakan oleh rakyat yang dahagakan satu gelombang perubahan yang lebih mesra rakyat dan bukannya merompak wang rakyat.
Kesian Dolah, namun apakah kita patut member rasa simpati kita kepada orang yang tidak pernah merasa simpati kepada rakyat, lebihan lagi kepada warga miskin di Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak yang sekian lama dahagakan satu kemudahan yang baik untuk kehidupan mereka.

Kesimpulannya, biarkanlah Dolah ditelanjang atau dibogelkan, kerana ianya memang patut kerana inilah sebenarnya hukuman kepada pemerintah yang selama ini menyalah gunakan kuasa mereka untuk kekayaan keluarga dan kroni. Apakah kita masih mengelamun tentang rasa simpati ini sedangkan tidak ada sedetik pun di dalam hati sanubari Dolah ini untuk merasa simpati kepada rakyat miskin di Negara Malaysia ini.

“Janganlah kita sedekahkan rasa simpati kita ini untuk seorang penjenayah politik UMNO ini, kerana selagi kita meluahkan rasa simpati kita, selagi itulah mereka tidak akan berubah, biarkanlah diri mereka berubah apabila mereka menerima hukuman aib duniawi ini demi kebaikan kita dan diri mereka jua”

No comments

Powered by Blogger.