Raymond Tan Dijangka Serah Surat Peletakan Jawatan Sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah Esok

KOTA KINABALU, 17 Sept (Bernama) -- Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Raymond Tan Shu Kiah dijangka menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah esok, berikutan keputusan parti itu untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).

"Saya telah memberikan jaminan kepada Ketua Menteri, jika SAPP tidak lagi berada dalam BN, saya jangkakan untuk mengemukakan peletakan jawatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP di ibu pejabat parti itu di Luyang, dekat sini hari Rabu.

Ditanya sama ada beliau akan kekal dalam SAPP, Tan berkata beliau akan mengumumkannya pada masa yang sesuai.

Katanya, beliau akan berunding dengan penyokongnya di peringkat akar umbi sebelum membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu.

"Ia memerlukan perundingan bukan hanya dengan pemimpin parti, tetapi juga Ketua Menteri dan penyokong akar umbi serta rakyat yang telah bersama-sama saya, khususnya di Sandakan," katanya.

-- LAGI

No comments

Powered by Blogger.