SAPP Hanya Pengacau: Abdullah
PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata sudah sewajarnya Parti Maju Sabah (SAPP) meninggalkan Barisan Nasional (BN) kerana mereka merupakan masalah di dalam parti.
Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata SAPP disifatkan sebagai `pengacau' dan pemergian mereka harus dibiarkan.
"Mereka merupakan masalah dalam parti. Dia pengacau, biar dia pergi, tak apa," katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama Menteri-menteri Kabinet, Menteri-menteri besar dan Ketua-ketua menteri serta timbalan menteri di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan SAPP meninggalkan BN dalam mesyuarat majlis tertinggi parti tersebut di Kota Kinabalu, hari ini.
Dalam mesyuarat selama empat jam itu, Ketua Parti, Datuk Yong Teck Lee bersama 30 anggota parti berkata bahawa mereka akan kekal sebagai parti bebas dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja khususnya berunding dengan parti-parti lain termasuk dari Pakatan Rakyat.
Yong berkata berkata, SAPP tidak akan memohon untuk menyertai Pakatan Rakyat sehingga tiba masa untuk SAPP kembali bersedia menyertai kerajaan.
Bagaimanapun, keputusan itu tidak diterima oleh dua Anggota Parlimen SAPP, iaitu Datuk Raymond Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri dan Timbalan Presiden serta Au Kam Wah yang merupakan Anggota Parlimen Elopura.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata keputusan SAPP sememangnya sudah dijangka sejak awal dan bukan sesuatu yang mengejutkan.
Katanya parti itu, sebenarnya mengharapkan agar mereka diusir oleh BN, tetapi telah bertindak terlebih awal sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.
"Ini bagaimanapun tidak menggugat BN dan kita tidak perlu membuat apa-apa `post mortem'," katanya.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment