Sah! Ahmad Ismail dan Hamid Albar pun Menumpang...

" Perlu diketahui bahawa Ahmad Ismail yang mula-mula mencetuskan isu menumpang adalah juga menumpang juga sebenarnnya. Ini dapat dikesan melalui gaya dan tutur kata beliau dan usia beliau. Begitu juga Hamid Albar yang tengah sebok tangkap orang ni pun adalah menumpang juga sebenarnya.

Perlu diketahui oleh semua orang bahawa Ahmad Ismail sipencetus masalah dan Hamid Albar sekarang dalam keadaan yang tidak keruan. Sedangkan mereka adalah menumpang ditanah air tercinta ini.

Berapalah baki usia mereka ini, dan berapalah baki umur mereka untuk tinggal di tanah bertuah ini, sebab sebentar lagi mereka juga akan terpaksa pergi dan dihantar oleh saudara mara mereka untuk selamanya. Bukankah itu juga sebenarnya adalah menumpang? Apa sangat nak dibanggakan dengan kuasa yang kamu ada tu, Jangan kerana sebab yang sangat sedikit kamu sakiti dengan ISA orang-orang bawahan nanti kamu akan di sakiti dan dipenjarakan selamanya di akhirat. Fikirlah apakah kesan tindakkan anda terhadap kehidupan akhirat anda yang lebih abadi.

Kepada penguatkuasa ! Hati-hatilah! Di akhirat nanti kamu akan salah menyalah antara kamu dan orang yang menyuruh kamu. Di mana mereka akan berkata kamu yang tangkap kami suruh saja. Di situlah penyesalan kamu akan terserlah. Syaitan akan dipersalahkan oleh orang yang melakukan kemungkaran, namun syaitan akan jawab aku suruh saja yang kamu buat, buat apa. Aku tak campur atas perbuatan kamu. Disini kita semua adalah menumpang. Dan masing-masing bertanggung jawab atas perbuatan masing-masing walau siapa yang suruh. Fikirlah sebab kita semua akan macam datuk nenek kita , akan pergi sana.


Si kain pelikat Raja Pangeran
Tuang serbat di dalam takar
Sangat ajaib kerja hairan
Hujan lebat rumah terbakar.


Si kuyong burung pipit
Terbang anak tiong lampai
Mendelah lama menaruh sakit
Tegal dek ajal belum sampai.


http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15966

No comments

Powered by Blogger.