Sin Chew pertahan laporan kenyataan Ahmad
PETALING JAYA: Sin Chew Media Corporation Berhad mempertahankan berita berkaitan kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang dilapor melabelkan masyarakat Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti orang Melayu.
Ketua Pengarangnya, Pook Ah Lek berkata, Sin Chew Daily tidak akan memohon maaf atas laporannya akhir bulan lalu.
"Ia taktik normal bagi ahli-ahli politik untuk melepaskan diri mereka apabila berhadapan dengan situasi sedemikian," kata beliau sambil menambah, kenyataan terbaru Ahmad semalam merupakan cara untuk mengalihkan perhatian dalam isu berkenaan.
No comments
Post a Comment