tak da makna kalau kerja baik tapi dok dalam parti busuk

BN Perlu Kembali Kepada Perjuangan Asas: Shafie Apdal

SEMPORNA, 7 Sept (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) di semua peringkat perlu kembali kepada perjuangan asas bagi memastikan ia terus kukuh dan terus memerintah negara, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN Sabah berkata tugas utama kepimpinan BN sekarang ialah berusaha mengukuhkan parti dengan mengutamakan titik persamaan dan bukan mencari titik perbezaan di kalangan mereka.

"Apa yang penting kepada kita ialah kembali kepada perjangan asas iaitu untuk perpaduan BN sebagai satu landasan untuk terus memerintah negara seterusnya menyatupadukan masyarakat.

"Kepimpinan dari peringkat atas hingga ke akar umbi perlu mengambil initiatif supaya program dan agenda penyatuan keluarga BN menjadi satu perjuangan utama, bukannya menghebahkan perkara-perkara yang boleh memecahbelahkan sesama kita," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat Semporna hari ini.

Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mahukan kod etika diwujudkan dalam BN bagi menghalang anggota parti komponen daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan pihak lain.

Menurut Shafie, BN sepanjang tempoh 50 tahun telah membuktikan keupayaannya bukan sahaja membangunkan negara tetapi juga kejayaannya dalam menyatupadukan masyarakat perlbagai kaum dan agama di negara ini.

"Maknanya kita (BN) mempunyai asas dan pengalaman yang amat bermanfaat untuk membolehkan kita menstabilkan politik di negara ini," katanya.

Menurut Shafie, usaha pengukuhan semula BN bukanlah suatu perkara yang tidak boleh dicapai kerana kepemimpinan parti-parti komponen BN sama ada Gerakan, MCA, MIC dan Umno yang lalu telah membuktikannya.

Sehubungan itu Shafie berkata usaha menjayakan penyatuan BN dan masyarakat perlu diutamakan dan bukannya berbalah, berpecah dan bertelingkah disebabkan perkara yang tidak membolehkan parti itu bersatu.

"Usaha (mengukuhkan BN) perlu dipertingkatkan dari semua sudut tapi ia perlu dilakukan mengikut landasan BN. Saya yakin kalau pucuk pimpinan BN boleh perincikan semua ini, ia boleh menjadi panduan kepada semua anggota BN," katanya.

-- BERNAMA

fikir-fikir la elok-elok...apa makna berjuang sedangkan rakyat dah tahu tembelang kamu..hahahahaha.......

No comments

Powered by Blogger.