tembak dari luar negara


SINGAPURA: Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut fikirkan semula mengenai pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.

Pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah dua bulan lepas, dakwanya, telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

"Tahun 2010 adalah terlalu lama," katanya pada sidang akhbar pada acara tidak rasmi sempena Persidangan CEO Forbes Global di sini.

Di bawah pelan peralihan kuasa itu, Abdullah akan menyerahkan jawatannya sebagai perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010.

Muhyiddin berkata, beliau turut bertanya kepada Najib sama ada dirinya mahu menunggu selama itu kerana beliau akan hanya mempunyai masa yang singkat untuk menguruskan dan mengembalikan semula kenyakinan rakyat kepada Umno dan BN.

Sambil menyatakan yang beliau memang berfikiran kritis mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Malaysia, beliau meminta Abdullah memikirkan semula mengenainya.

Abdullah berkata, pelan peralihan kuasa itu demi untuk memperkukuhkan perpaduan Umno dan memudahkan anggota parti berikutan terlalu banyak permainan politik selepas pilihan raya umum lepas yang BN menang dengan majoriti mudah di Parlimen.

Ditanya mengenai spekulasi yang beliau akan bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah, masing-masing untuk mencabar bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin menjawab: "Seperti anda katakan, ia hanya spekulasi."

Spekulasi itu timbul ekoran pertemuan antara Muhyiddin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas perdana menteri itu di Cyberjaya Sabtu lepas, di mana Tengku Razaleigh juga hadir.

Pada pertemuan itu, Dr Mahathir juga menyuarakan hasratnya untuk menyertai semula Umno selepas keluar parti pada Mei lepas.

Muhyiddin berkata, walaupun Dr Mahathir telah keluar Umno, beliau masih banyak bercakap mengenai parti itu, terutamanya mengenai cara untuk memperkukuhkannya dan mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti.

Beliau berkata, ia merupakan satu langkah baik oleh Dr Mahathir dan percaya ia akan turut dialu-alukan oleh anggota Umno kerana ia akan membuatkan parti kembali bersemangat tinggi.

Bagaimanapun, setakat ini beliau tidak tahu reaksi Abdullah terhadap hasrat Dr Mahathir untuk menyertai semula Umno.

Muhyiddin berkata: "Kita perlu bersikap terbuka mengenainya dan pandangan Dr. Mahathir masih diperlukan, dan beliau boleh menyumbang ke arah memperkukuhkan parti."

Mengenai kenyataan Penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi yang sasaran beliau untuk membentuk kerajaan pada 16 September mungkin tidak tercapai dan kenyataan beliau hari ini bahawa pelan itu kembali berjalan mengikut perancangan, Muhyiddin berkata: "Beliau memang sentiasa (berbuat demikian) "berdolak-dalik" dalam tindakannya yang hanya bertujuan untuk menarik perhatian rakyat."

Malahan dari awal lagi, Muhyiddin berkata, beliau tidak percaya dengan perancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan.

Dan, sebagai ahli politik yang telah lama berkecimpung dalam politik, katanya, beliau tahu bukan menjadi trend di kalangan ahli politik di Malaysia untuk melompat parti secara beramai-ramai.

Muhyiddin berkata, Anwar memang terkenal pandai "mengubah keadaan" untuk disesuaikan dengan objektifnya. BERNAMA


kadang-kadang aku kesian gak kat dia ni....p sana...p sini....nasib hang la....hang buakn elok gak rasanya..

No comments

Powered by Blogger.