Tyra Banks paling kaya?




SUPERMODEL Tyra Banks yang menjadi peneraju dua program terkenal di Amerika dikatakan mengumpul pendapatan sebanyak sekitar RM87 juta antara Jun 2007 sehingga Jun 2008 berpandukan senarai nama yang dikeluarkan oleh Forbes.com.

Tyra yang bertanggungjawab dalam dua program yang diberi nama The Tyra Banks Show' dan America's Next Top Model yang mana dia juga bertindak selaku penerbit, juri dan juga pengacara.

Tahun lalu, jelitawan yang berusia 34 tahun ini telah menandatangani kontrak dengan Warner Bros yang melibatkan pelancaran sebuah program realiti yang berjudul Stylista.

Dia juga mengadaptasi buku remaja paling popular Clique ke dalam bentuk DVD dan ini turut menambahkan lagi kekayaannya.

Menurut penulis di Forbes.com: "Itu hanya sedikit wang yang dibuat menerusi televisyen. Walaupun dia mendapat satu juta (USD) untuk setiap episod program kendaliannya, Tyra cuma mencari alternatif lain untuk menambahkan lagi dana kekayaannya."

Bertuah menjadi orang cantik dan ternama selain mempunyai pendapatan hebat seperti Tyra. Nampaknya dia berada di kedudukan pertama untuk model yang paling aktif di kaca televisyen.

No comments

Powered by Blogger.