WOI PAK LAH...TURUNKAN HARGA MINYAK..

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Hrkh) - Walaupun harga minyak mentah dunia stabil di bawah paras sekitar AS$97.00 setong baru-baru ini, namun kerajaan Malaysia masih bersikap tunggu dan lihat sekaligus membiarkan rakyat terus dihimpit kos beban sara hidup akibat kenaikan mendadak harga bahan bakar itu.
Iklan




Rakyat sehingga kini masih ternanti-nanti pengumuman besar kerajaan untuk menurunkan harga minyak namun terpaksa menunggu sehingga hujung tahun seperti diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tidak sensitif dan prihatin nasib yang membelenggu rakyat adalah jawapan tepat untuk menggambarkan imej kerajaan BN pimpinan Abdullah, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berhubung isu terbabit.

"Tidak adil. Masa naik harga minyak, keputusan dibuat tergesa-gesa dan pelaksanaannya dalam tempoh masa 24 jam.

"Bila harga pasaran dunia turun, Abdullah bertangguh sehingga hujung tahun membiarkan rakyat terus membayar dengan harga yang mahal," katanya kesal dengan sikap kerajaan ketika dihubungi Harakah.

Menurutnya, apa yang dihadapi rakyat kini adalah natijah kelemahan kerajaan yang membuat keputusan terburu-buru menaikkan harga minyak tanpa kajian terperinci sehingga menjadikan rakyat sebagai mangsa kepada pentadbiran yang tidak cekap dan efisien.

"Kerajaan nampaknya gelabah kerana tindakan mereka dahulu menyebabkan harga barang keperluan semua naik manakala rebet tunai terpaksa diberikan kepada rakyat, tiba-tiba harga pasaran dunia semakin turun.

"Kalau kerajaan bersabar dan tidak membuat percaturan menaikkan harga runcit minyak pada Jun lalu, sudah tentu rakyat kini tidak perit menanggung beban. Inilah kelemahan kerajaan Abdullah," katanya yang juga bekas jurutera Petronas.

Kerajaan BN sebelum ini berjanji untuk menilai semula harga minyak setiap awal bulan ketika mengumumkan kenaikan harga minyak 78 sen sewaktu harga minyak pasaran berada diparas AS$125 ke AS$135 setong.

Harga minyak sebelum ini menyaksikan rekod harga tertinggi iaitu AS$147 (RM508.62) setong pada Julai lalu.

No comments

Powered by Blogger.