Pendidikan Negara : Memalukan..! ~malaysiakini
Pendidikan Negara : Memalukan..!
Assalamualaikum..
Memalukan..! Itulah kalam yang sesuai dilontarkan kepada sistem pendidikan negara kita yang semakin hari semakin teruk. Pelajar sudah tidak menghormati guru dan guru sudah tidak ada perasaan sayang kepada pelajar.
Ini lah hasil sistem yang di gunakan untuk mendidik para pelajar dalam negara kita.. Acuan sistem yang menjadikan guru 'mengarah' pelajar.. bukan 'mendidik' pelajar dan hasilnya pelajar menjadi 'takut' kepada guru bukannya 'hormat' kepada mereka.
Lihat kes terkini yang melibatkan Sek. Men. Keb. Perlis, tidak sampai 2 minggu kes gengsterisme berlaku di sekolah tersebut dan sekaligus ini membuktikan acuan sistem pendidikan barat @ sekular sudah tidak lagi relevan pada masa kini.
Persoalannya, siapa yang harus dipersalahkan? Guru?..Ibu bapa?..Persekitaran?..Kawan-kawan?..Kerajaan?.. Erm.. kalau diikutkan, dalam hal ini.. semua di atas memainkan peranan dan boleh dipersalahkan tapi bagi arjuna, pihak yang mempunyai keutamaan untuk bertanggungjawab dalam hal ini adalah pihak kerajaan yang memimpin negara.
Andai jelas-jelas dan terang-terang mereka menolak Islam yang mempunyai acuan lengkap dalam mendidik para pelajar dan remaja, bagaimana mereka akan mempunyai akhlak Islam yang boleh dibanggakan? Akhlak mulia yang akan menjauhkan mereka dengan dadah,gengsterisme,budaya kurang ajar dan lain-lain? Ingat, kes Sek. Men. Keb. Perlis ini bukan kes pertama.. malah mungkin yang ke berpuluh ribu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar di Malaysia.
Contoh terdekat kes rompakan terancang yang melibatkan kereta-kereta mewah, motosikal yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah yang heboh dua, tiga hari lepas.. Hah! Ini sudah jelas!..
Acuan atau formula yang mementingkan 'akademik' tanpa dilapikkan kepada kepentingan 'agama' membuatkan mereka lebih jauh daripada agama.. Contohnya dalam pembelajaran di sekolah, kebanyakan mereka menganggap subjek agama tidak penting.. kerana pihak kementerian pendidikan pun hanya memperuntukkan pembelajaran agama hanya 2,3 jam dalam seminggu.
Dalilnya, untuk memasuki universiti atau kolej di Malaysia tidak sedikit pun mewajibkan seseorang pelajar itu mendapat 'kepujian' dalam subjek agama atau moral.. tetapi, mereka hendaklah dan mesti 'terpuji' dalam subjek B.Melayu,Inggeris dan Matematik.. ini diperingkat SPM la.. justeru, ini menjadikan pelajar-pelajar kita menganggap subjek 'agama' bukan lah menjadi keutamaan untuk ditekankan.. apalagi nak dihayati..kerana ia tidak penting.. ini hanya pendapat secara umum..
Adakah kita akan diberkati tanpa penghayatan kepada agama Islam?.
Ini yang perlu difikirkan oleh pihak kementerian pendidikan.. arjuna bukan anti bahasa Inggeris,Matematik dan lain-lain tetapi sudah banyak dalil yang jelas dalam membuktikan kesongsangan sistem pendidikan kita dan ia kita perlu diubah dan biar seimbang antara dunia dan akhirat.. akedemik dan agama.. ini aspek yang penting kerana agama yang membentuk akhlak mulia serta agama juga yang menjadikan negara sejahtera. Sistem pendidikan perlu diubah! Pendidikan Islam mesti menjadi asasnya..! Banyak lagi yang nak diulas, tapi masa tidak mengizinkan..salam syifa'..
http://syifaarjuna.blogspot.com/2008/10/pendidikan-negara-memalukan.html
1 comment
sistem pendidikan sedemikian hanya akan melahirkan lebih ramai kangkong sintok sj.
Post a Comment