Pas bantah kejohanan Piala Monsun diterus


KUALA TERENGGANU 23 Okt. - Pas Terengganu membantah langkah kerajaan negeri yang meneruskan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun akhir tahun ini meskipun bantahan meluas mengenai kejohanan tersebut disuarakan rakyat.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali berkata, penerusan semula kejohanan tersebut tentunya menimbulkan tanda tanya kerana kejohanan tersebut sememangnya suatu acara membazir.

Katanya, walaupun ia dikatakan tidak menggunakan wang kerajaan negeri namun impak secara keseluruhan kejohanan terhadap rakyat dipersoalkan.

`` Pas hairan kenapa ia diteruskan sedangkan banyak pihak sering mempersoalkannya,'' katanya semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas negeri di perkarangan pejabat Pas Negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang mengumumkan kerajaan negeri akan meneruskan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun sebagaimana dijadualkan pada 3 hingga 7 Disember ini.

No comments

Powered by Blogger.