Najib Menganut Mahathirisma


Walaupun detik pemilihan agung Umno pada bulan Mac tahun depan masih jauh lagi, saya semacam boleh menduga beberapa perkara akan berlaku atau berada dalam perkiraan kerusi nombor satu nanti.

Sekiranya Najib menaiki tahta kerajaan, beliau akan mengukur suhu suasana politik dan besar kumungkinan suhu itu akan berubah menjadi amat positif. Ia disebabkan perkara berikut:

1) Najib tahu bahawa faktor kejatuhan Pak Lah adalah kerana berpaling dari dasar Dr. Mahathir. Maka bagi Najib senang sahaja. Kembali kepada dasar Mahathir itu. Amalkanlah Mahathirisma.

2) Dengan meneruskan segala pelan tindakan yang sudah digariskan oleh Dr. Mahathir maka akan berlaku pemulihan status dan pencapaian politik gemilang yang pernah dikecapi sebelum ini.

3) Keadaan ekonomi akan pasti pulih kerana keadaan yang amat bawah tidak akan pergi mana melainkan atas.

4) Dr. Mahathir akan terus memainkan peranan menyuntik sentuhan emasnya ke dalam pentadbiran Najib dengan ide dan cadangan hebat-hebat selaku Penasihat Kerajaan (sekiranya tidak mengambil jawatan Senior Minister).

5) Timbalannya, Muhyiddin dan Ketua Pemuda Mukhriz adalah nafas baru yang berkepimpinan (lebih sikit dari mereka yang sebelum itu) akan menambahkan lagi suasana riang dan maju dalam politik dan kerajaan nanti.

Oleh kerana Najib kini dikaitkan secara berita angin dengan kes mahkamah yang sedang berjalan, beliau tidak akan melakukan apa-apa yang menjejaskan kedudukannya. Maka beliau dijangka tidak akan menunjuk pandai dalam soal selok belok pentadbiran melainkan dengar dan patuh saja kepada nasihat Dr. Mahthir nanti.

No comments

Powered by Blogger.