Adakah Menteri Pelajaran Boleh Menjamin Program Susu Sekolah Bebas Melamin ???

 Adakah Kementerian Pelajaran Malaysia sudah mengambil langkah perlu bagi melindungi 560,169 Murid , iaitu bilangan murid yang dijangka dibekalkan dengan susu menerusi Program Susu Sekolah – PSS , daripada terdedah dengan susu tercemar melamin ?

Adakah pihak kerajaan dapat memberi jaminan susu yang dibekalkan melalui Program Susu Sekolah tidak diperolehi dari negara China ?


Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa merasa syak dan ragu – ragu berkaitan dengan kualiti susu yang dibekalkan sejak tahun 1977 tu benar – benar selamat dan tidak mendatangkan sebarang kemudharatan atau kesan kesihatan jangka panjang terhadap anak – anak mereka , seperti mana yang terjadi di negara China di mana " 6,000 bayi dirawat akibat melamin "

Ini kerana sudah kedapatan produk – produk yang tercemar dikesan melalui pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti tajuk ini "Melamin : 86 lagi produk disita"

Adakah benar kes – kes keracunan akibat mengambil susu yang berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh keracunan bakteria sahaja dan bukannya disebabkan oleh bahan kimia melamin , seperti yang pernah dilaporkan iaitu " Kes keracunan : susu sekolah dicemari bakteria "

Ini kerana mengikut ujian Kementerian Kesihatan terhadap empat kes keracunan susu yang berlaku di sekolah-sekolah di Kedah dan Kelantan baru-baru ini mendapati 35 peratus daripada minuman itu dicemari bakteria , melalui sampel susu-susu yang diuji itu diambil daripada sekolah-sekolah yang mengalami kes keracunan sejak enam bulan lalu.

Sedikit masa dulu , dikhabarkan bahawa “SIRIM terpaksa mohon tambahan ‘kuasa’ uji susu “ , kerana ianya terletak di bawah bidang kuasa agensi dan kementerian yang berlainan.

Rujukan : SIRIM terpaksa mohon tambahan kuasa uji susu

Jadi , adakah dengan menambah bilangan makmal yang lebih banyak di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia , yang sudah tentu akan mengambil masa untuk dilengkapkan dan beroperasi sepenuhnya , dapat menghilangkan keraguan di kalangan ibu bapa bagi 560,169 murid tadi ?

Tidak lah diketahui samada dibuat ujian kandungan melamin dalam susu yang telah dibekalkan selama ini ?

Ianya boleh dibuat ke atas stok susu yang mungkin masih ada dalam simpanan pihak sekolah ? atau pembekal ? atau pengilang ?

Sesudah 30 tahun PSS dilaksanakan , ada atau tidak kajian dibuat tentang risiko ke atas pelajar yang telah meminum susu tercemar melamin , [ sekiranya ada dan betul ] sejak tahun 1 – 6 , telah mengalami kegagalan buah pinggang dan lain – lain penyakit yang berkaitan ????

Adakah tindakan meletakkan kesalahan keapda guru – guru seperti katanya ‘‘Keracunan itu masih boleh dielak jika guru-guru sendiri peka dengan prosedur Program Susu Sekolah (PSS) yang sudah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran , bermakna pihak pengilang , SIRIM , Kemneterian Kesihatan , Kementerian Pelajaran dan pihak Pengilang & pembekal telah berjaya melepaskan diri dari bertanggungjawab ?

Untuk sementara waktu tindakan menangguhkan pemberian susu kepada 560,169 murid tadi , boleh dianggap wajar , seperti satu tajuk berita "susu bantuan empat negeri ditangguh" dan juga "Program susu sekolah terus ditangguh" .


Nota
Banyak lagi sumber bahan alternatif yang terdapat dalam pasaran bagi menggantikan susu [ kecuali susu soya yang telah dikenalpasti dihasilkan melalui “Genetic Modified“ ] , yang diberikan kepada murid – murid sekolah ke arah melahirkan generasi cemerlang , gemilang dan terbilang.

No comments

Powered by Blogger.