Adjust font size: Syed Hamid: Utusan 'telah diberi amaran'
Utusan Malaysia telah "diberi amaran" oleh kerajaan berhubung beberapa artikel kontroversi yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar.
Beliau bagaimanapun, tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya, apabila ditanya mengapa tindakan diambil terhadap beberapa akhbar, tetapi tidak terhadap Utusan.
Akhbar tersebut menjadi sasaran kritikan hebat kerana menyiarkan satu cerpen mengenai pembunuhan seorang ahli politik yang didakwa oleh DAP dimaksudkankepada ahli parlimennya, Teresa Kok.
Syed Hamid juga berkata, polis juga sedang menyiasat bekas ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail atas dakwaan hasutan dan tindakan akan diambil terhadapnya tidak lama lagi.
Sekali lagi, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siasatan yang dijalankan terhadap Ahmad, dengan menyatakan biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka.
Menteri Dalam Negeri itu mempertahankan tindakan polis mengendalikan kontroversi tersebut yang tercetus apabila Ahmad didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap masyarakat Cina sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu.
Selepas bantahan umum, Ahmad telah digantung dari Umno untuk tempoh tiga tahun September lalu.
"Umno telah mengambil tindakan terhadap Ahmad dan sekarang beliau sedang disiasat di bawah Akta Hasutan," kata Syed Hamid dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya Selasa lalu.
Beliau menjawab soalan mengapa tindakan tidak diambil terhadap Ahmad sedangkan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana melaporkan kenyatan Ahmad itu.
"Jangan tanya kenapa orang ini tidak ditahan dan kenapa orang itu ditahan. Dalam hal ini, pihak polis mempunyai alasan mereka sendiri...," kata Syed Hamid.
Tan ditahan pada 12 September lalu dan dibebaskan kurang daripada 24 jam kemudiannya.
Pada masa itu, Syed Hamid dilaporkan berkata, Tan ditahan demi keselamatan dirinya dan untuk menjaga ketenteraman awam.
Bagaimanapun, kata menteri itu, kenyataannya mengenai alasan "demi keselamatan Tan", telah menjadi bahan ketawa banyak pihak.
Ditanya mengenainya, Syed Hami menyalahkan media kerana memperbesar-besarkan perkara tersebut.
"Saya rasa saya juga akan ketawa, tetapi saya mahu memberitahu anda bahawa itu bukanlah alasan utama (dia ditahan).
“Itulah alasan yang diperbesar-besarkan oleh pihak media. Jika anda dengar apa yang saya katakan - terdapat ugutan dan persepsi polis terhadap ugutan itu kepada ketenteraman awam, kepada keselamatan.
"Mungkin mereka mahu menahannya untuk memastikan tidak ada apa yang berlaku terhadapnya. Maksud saya ini bukanlah (satu-satunya) alasan - sudah tentu kamu sudah cukup matang untuk mengetahui bahawa ia bukanlah sebabnya.
"Orang seperti saya tidak akan menggunakan alasan yang tidak rasional (seperti ini) tetapi saya menjadi sasaran teruk dengan berkata 'Oh, ini adalah untuk keselamatan dirinya', sedangkan ia bukannya isu asas dan utama penahanannya," kata Syed Hamid mempertahankan dirinya.
Syed Hamid mengulangi bahawa penahanan Tan adalah untuk menjamin ketenteraman awam dan keselamatan.
"Keadaan menjadi tegang, kerana setiap orang bercakap tentang perkara itu dan ia menjadi isu yang begitu dipolitikkan dan polemik ini tidak produktif dan tidak memberikan kesan (terhadap situasi itu)," katanya.
Syed Hamid mengakhir wawancara tersebut dengan merayu kepada rakyat Malaysia supaya memahami tugas yang sukar sebagai menteri dalam negeri
"Saya menjadi sasaran kritikan, saya tidak perlukan simpati. Saya perlukan kefahamanan dari rakyat, itu saja," katanya. Berita asal

No comments
Post a Comment