wahai pemimpinku~malaysiakini
Pemimpin yg baik adalah pemimpin yg tidak akan membebankan rakyat dalam apa2 keadaan sekalipun. Walau apa pun justifikasi pemimpin2 BN, tindakan mereka menggunakan dana rakyat untuk menampung kegagalan mereka, terutamanya dalam mendapatkan sumber2 kewangan yang sepatutnya bagi menangani krisis ekonomi negara, semakin menampakkan lagi kelemahan mereka sebagai pemimpin.
Hakikatnya, rakyat tidak memerlukan sebuah barisan kepimpinan yang hanya tahu menggunakan aset sedia ada untuk membangunkan negara, apatah lagi ketika menghadapi kemelut seperti kegawatan ekonomi global dsb. Sikap suka mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan sesuatu isu seperti ini hanya akan menambahkan lagi masalah dari segi jangka panjangnya. Ini kerana dana2 rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membantu mempermudahkan atau meningkatkan taraf hidup mereka, sebaliknya sering digunakan sebagai senjata penyelamat bagi syarikat2 korporat seperti dalam kes2 “bail out” dsb. Sekiranya amalan sebegini dibiarkan berterusan, ada kemungkinannya suatu saat nanti, kita akan berhadapan dengan suatu fenomena di mana rakyat sudah tiada lagi dahan kukuh untuk bergantung di kemudian hari, terutamanya untuk bekalan hari tua mereka. Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya para pesara sudah tidak mampu lagi menikmati wang persaraan mereka seperti sepatutnya, apabila sebahagian besar dana tabungan KWSP telah habis digunakan oleh pihak kerajaan untuk tujuan2 yang tidak sepatutnya. Apakah nasib yang bakal menimpa kepada mereka dan keluarga mereka?
Walau sebanyak manapun dana negara, sekiranya digunakan secara berterusan dan tanpa berhemah, sudah pasti akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan kepada sistem ekonomi negara terutamanya ketika di ambang kejatuhan ekonomi dunia. Sepatutnya pemimpin2 berusaha untuk menambah baik kadar rezab/tabungan negara supaya sebarang krisis yang berlaku tidak akan terlalu menjerut leher rakyat. Ini tidak, wang rakyat pula yang digunakan sewenang2nya, tanpa sedikitpun merasa prihatin untuk mengurangkan kesusahan mereka.
Sebaliknya, kerajaan BN lebih prihatin kepada masa depan perniagaan golongan2 korporat sedangkan nasib rakyat marhaen sering diketepikan. Mungkinkah kerana golongan2 korporat kebanyakannya terdiri dari ahli2 keluarga dan kroni2 mereka? Mungkinkah ini sebabnya mereka selalu terkehadapan dengan tindakan2 proaktif untuk membantu golongan2 korporat itu? Mungkinkah keprihatinan berlebihan mereka terhadap golongan2 korporat itu juga telah menyebabkan mereka tega memejamkan mata di atas kesusahan rakyat terbanyak, sehinggakan mereka tergamak menggunakan dana2 milik rakyat untuk membantu golongan kaya raya itu supaya perniagaan mereka dapat terus dipertahankan?
Kesimpulannya, pemimpin2 yang tidak mampu merencanakan masa depan ekonomi demi kesejahteraan masyarakat seluruhnya, adalah pemimpin yang tidak berkualiti dan tidak layak memimpin sesebuah negara. Dan sekiranya sudah terang lagi bersuluh bahawa kedudukan pemimpin2 BN dalam kerajaan hanya lebih banyak menyumbang kepada keburukan, maka untuk apa lagi mereka terus dibiarkan bersenang-lenang di takhta itu?
No comments
Post a Comment