tolong tengok semua! adakah ini logik?~malaysiakini
Seorang penjawat awam di Malaysia telah membuat tuntutan perjalanan ( tidak termasuk elaun
perjalanan ) dari KL ke Perth pergi balik sebanyak RM199,528.00.
Tambang MAS dari KL ke Perth sehala untuk seorang untuk “business class peak season “
paling tinggi ialah RM12,000.00 bermakna pergi balik ialah RM24,000.00 sahaja. Kos
penginapan untuk satu malam di hotel 5 bintang di Perth ialah RM2000.00. Jika menginap
selama sepuluh hari jumlahnya ialah RM20,000.00 sahaja. Anggaran tertinggi kos tambang
pergi balik dan pinginapan selama sepuluh hari untuk seorang ialah RM44,ooo.oo sahaja tidak
termasuk makan dan minum serta tambang melawat tempat-tempat yang menarik. Jika
pasangan ikut sama, anggaran kos ialah RM56,000.00 sahaja. Mungkin pembantu rumah dan
“body guard” ikut serta tetapi layak ke untuk membuat tuntutan perjalanan bagi kedua
mereka?
Berita selanjutnya di [SINI]. Carta organisasi di [SINI]. Cerita menarik pula di [sini]
No comments
Post a Comment