ini dikatakan bermaruah dan bertanggungjawab!

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Seorang wartawan portal berita Internet, Malaysiakini yang menulis laporan palsu berhubung manifesto Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan hari ini.

Wong Choon Mei yang bertugas di Malaysiakini sejak tiga bulan lalu mengambil keputusan itu bagi memikul tanggungjawab terhadap kesilapan laporan berita tersebut.

"Ia salah saya dan saya bersedia bertanggungjawab terhadapnya serta meletak jawatan," kata wartawan itu seperti yang dilaporkan dalam laman web Malaysiakini.

Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan dilaporkan menerima peletakan jawatan Choon Mei yang berkuat kuasa serta-merta.

Choon Mei mengakui beliau tidak mengesahkan kandungan manifesto berkenaan dengan pejabat Najib setelah menerimanya melalui e-mel pada Ahad lalu.

Semalam, pejabat Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang menafikan laporan manifesto menyokong penawaran beliau bagi jawatan Presiden UMNO yang disiarkan oleh Malaysiakini.

Kenyataan itu menyatakan bahawa laporan Malaysiakini tersebut "dengan jelas adalah palsu dan mengelirukan."

Katanya, keputusan Malaysiakini untuk menyiarkan berita itu sangat tidak beretika kerana mereka gagal mencari kesahihan perkara tersebut dengan pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum menerbitkannya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons pada satu e-mel yang disiarkan oleh Malaysiakini, yang kononnya daripada sebuah 'Kumpulan Sokongan Najib' mengandungi apa yang dipanggil manifesto yang kononnya dikaitkan dengan Najib.

Menurut kenyataan pejabat Najib, adalah penting untuk Malaysiakini menyiasat punca e-mel yang bertujuan jahat bagi membersihkan nama dan reputasi Timbalan Perdana Menteri yang telah tercemar.

"Malaysiakini telah memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri mengenai perkara ini.

"Bagaimanapun, adalah harapan kita bahawa Malaysiakini dan portal berita lain, tanpa mengira dasar editorial mereka, akan menjaga diri dalam cara yang beretika dan profesional.

"Berita palsu ini adalah langkah yang terkini dan jelas menunjukkan satu usaha yang dibuat bersama dengan pihak-pihak tertentu untuk mencemarkan imej Timbalan Perdana Menteri," katanya.

najib dan pak lah...wartawan pun ada maruah dan etika..hang ada pa? menyusahkan rakyat!!!!!!

No comments

Powered by Blogger.