tok guru semakin segar~malaysiakini
KOTA BHARU 21 Okt. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka kembali menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis ini bagi membentangkan Bajet 2009 jika kesihatannya beransur pulih.
Menurut Nik Abdul Aziz, beliau semakin segar setelah menerima rawatan daripada doktor pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini, dan mendapat rehat secukupnya sejak dimasukkan Sabtu lalu.
Rawatan yang dijalankan termasuklah bagi menggalakkan otot kakinya berfungsi dengan baik agar dapat berjalan tanpa perlu sokongan tongkat melalui senaman yang diselia oleh doktor.
“Tempurung lutut kaki kiri saya ini bermasalah, macam tak berfungsi ‘molek’ (baik), bila gerak laju, bergegar, jadi sakit.
“Saya ada rasa ringan (sihat) sikit dari semalam, harap dapat hadir sidang DUN Khamis ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HUSM di sini hari ini
No comments
Post a Comment