Lagi bergaduh SMK Perlis - Sebelum ini pelajar perempuan didakwa tendang guru
"Selepas kejadian pelajar perempuan tingkatan dua menendang seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini Khamis lalu, insiden pergaduhan melibatkan pelajar tercetus lagi di sekolah sama semalam.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, pihak sekolah terpaksa meminta bantuan polis bagi meleraikan pergaduhan yang berlaku di belakang bangunan sekolah tersebut.Kumpulan pelajar yang bergaduh enggan mendengar arahan guru supaya berhenti bergaduh.Ekoran kejadian itu, beberapa ibu bapa dan penjaga pelajar terbabit bergegas ke sekolah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah berkata, pihaknya menghantar beberapa anggota polis selepas menerima laporan mengenai pergaduhan yang tercetus.
Menurut beliau, selepas kehadiran beberapa anggota polis, pergaduhan itu dapat dikawal.
Yusof memberitahu, ekoran kejadian itu beberapa pelajar yang terlibat dalam pergaduhan itu telah dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan.
No comments
Post a Comment