PERHATIAN UNTUK TV3 BANGANG!
Kenyataan Akhbar Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah pada 23 Oktober 2008.
Kepada:
Semua Ketua Biro
Media cetak/eletronik
Assalamualaikum / Salam Sejahtera
KENYATAAN AKHBAR
Saya amat bersimpati dengan siaran TV3 melalui Buletin Utama bertarikh 22 Oktober mengenai berita banjir di Kedah kerana pemberitanya gagal mendapatkan sumber yang tepat untuk dijadikan bahan berita.
Jika berita yang tidak tepat disiarkan, maka berita itu adalah sesuatu yang boleh digolongkan sebagai:
1. Berita berniat jahat untuk memburukkan imej Kerajaan Negeri Kedah
2. Berita yang berunsur memburukkan tokoh atau individu tertentu.
3. Atau ia hanyalah imiginasi atau angan-angan pemberita tersebut.
Kerajaan Negeri melalui Pejabat YAB Menteri Besar sejak 21 Oktober telah memulakan lawatan serta menyampaikan sumbangan di Kuala Nerang dan Dun Anak Bukit khususnya.
Pada 22 Oktober, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar, Encik Mohd. Sanusi Md. Nor telah melawat serta menyampaikan sumbangan seperti beras, gula, minyak masak, lampin pakai buang bayi, tuala wanita, biskut dan beberapa keperluan lain di empat penempatan mangsa banjir di Dun Anak Bukit, sebuah di Bukit Pinang dan tiga penempatan di Dun Guar Chempedak.
Selain itu, lawatan dan sumbangan juga dibuat oleh Exco Kebajikan dan Wanita Kerajaan Negeri Kedah, Ustazah Siti Aishah Ghazali di Parlimen Padang Terap dan Pokok Sena.
Exco Kesihatan, Penerangan dan NGO, Dr, Ismail Salleh mengadakan lawatan dan sumbangan di sekitar Alor Mengkudu dan Adun Kubang Rotan, Encik Mohd. Nasir Mustafa atas sifat beliau selaku Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah sentiasa memantau perkembangan banjir di Dun Anak Bukit termasuk menyampaikan sumbangan berbentuk makanan.
Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penghulu dan Majlis Ketua Kampung (MKK) juga telah mengadakan mesyuarat dan tindakan susulan bagi memastikan proses menyalurkan bantuan dan pertolongan berjalan dengan lancar.
Ini tidak termasuk bantuan kecemasan dan laporan semasa oleh pihak MADA, tentera, polis, JPAM dan beberapa agensi lain yang terlibat.
TV3 juga ?highlight? kan bahawa belum ada sumbangan kewangan diberikan setakat ini, bagi saya pemberita berkenaan amat tidak faham mengenai prosedur sesebuah kerajaan baik Pusat mahupun negeri dalam konteks menyalurkan bantuan kewangan.
Adalah amat mustahil selepas baru dua hari dilanda banjir kerajaan akan terus mengeluarkan sumbangan berbentuk kewangan memandangkan kerajaan terpaksa melalui beberapa proses yang melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, MKK, Penghulu dan sebagainya.
Sedangkan mangsa Tsunami yang berlaku pada Disember 2004 lalu pun sehingga kini masih ada yang belum mendapat pampasan sewajarnya, bagiamanapun jangka waktu empat tahun itu adalah terlalu lama.
Petikan ayat ? sebahagian besar Exco Kerajaan Negeri sedang berada di luar Negara ketika ini? juga mendedahkan berita tersebut hanya sebuah ilusi pemberitanya.
Hanya dua anggota Exco yang berada di luar Negara dalam satu misi menarik pelabur ke Kedah, lawatan kerja mereka bermula sejak 19 Oktober lalu, sementara banjir melanda kawasan mereka pada 21 Oktober.
Misi bantuan dan lawatan akan diteruskan sehinggalah semua mangsa banjir dapat pulang ke rumah masing-masing.
Sekian, terima kasih
Yang Benar
(MOHD. HELMI BIN MOHD. KHALID)
Setiausaha Akhbar kepada
YAB Menteri Besar Kedah
No comments
Post a Comment