Salah Fakta Titah Sultan, Adun PAS Kecam Tajuk Muka Depan Berita Harian !!

Zainuddin berpendapat tajuk itu telah mencemarkan imej kerajaan negeri dan berita itu telah membawa unsur tidak harmoni antara kerajaan dan Istana. "Saya mohon akhbar terbabit menarik balik tajuk berita pada muka depan itu dan jika tidak wartawannya perlu dilarang membuat liputan lagi," katanya pada sesi perbahasan titah ucapan Sultan Kelantan. Syor Zainuddin itu disokong beberapa anggota PAS yang lain dan pada satu ketika Speaker, Mohd Nassuruddin Daud terpaksa menenangkan keadaan.

"Saya dapat laporan guru dan pelajar di 23 buah SAR yang telah diambil alih sangat gembira dengan keadaan sekarang dan saya rasa kerajaan negeri perlu mempertimbang untuk membenarkan kerajaan Pusat mentadbir SAR yang lain," katanya. Ketika di luar dewan, Md Alwi turut meminta kerajaan Kelantan mengamalkan konsep penjimatan pada sektor tertentu bagi dijadikan tabungan ketika krisis ekonomi global. Beliau juga mahukan Umno dan PAS mencari titik pertemuan yang membolehkan pemimpin duduk semeja membincangkan hala tuju bangsa, agama dan negara.
[Jika sebelum ini, kita biasa mendengar keceluparan media arus perdana Utusan Malaysia sahaja yang gagal melaporkan berita dengan tepat dan padat kepada rakyat. Begitu populat akhbar itu, hinggakan ada Ketua UMNO Bahagian sanggup menubuhkan "Tabung Azan" untuk disumbangkan kepada akhbar terbabit berhubung dengan saman RM30 juta yang dibuat oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok. Kini sebuah lagi akhbar arus perdana sudah mula memaninkan peraranan untuk memecah belahkan perpaduan rakyat. Kenapa bila media arus perdana salah melaporkan fakta puak-puak UMNO berdiam diri?. Namun, bila laman-laman blog dan website mereka terus ingin menjadi juara dan mengarahkan kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman terbabit?].
pahang daily
2 comments
http://pkrpasdap.blogspot.com
dalam TV3 live pun sultan kelantan kecewa dengan PAS gagal tadbir negeri....
apa salah...semua orang lihat
Perkara seumpama ini bukan kali pertama berlaku,apabila mereka yg.berada di singgahsana membuat tegoran begitu.
Bukan ape suasana sekarang ,ada yg.kecewa tak dapat jadi calon dalam pemilihan jawatan tertinggi parti nya,malah tidak ada yg.mencalonkan nama nya.
Jadi bagi meluahkan rasa,maka di buatnya lah onar di dalam negeri ,agar berlaku rusuhan,Demo ,rakyat terhadap kerajaan Negeri seperti yg.berlaku di Zaman Asri Muda.
Dengan peluang ini lah die berharap akan dapat mengambil alih Kerajaan ,konon jadi PM lah die.
Dan Katak Pasir Mas pula jadi pencacai,Gurka (i.eBoss lama nya)..,
Kesihan.....
Kita telah belajar dan mengatahui dari sejarahnya.
,
Post a Comment