DSAI :TOKOH POPULIS DAN SANDARAN RAKYAT



"
Assalamualaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..


Perkembangan politik tanah air menampakkan satu arus yang semakin laju untuk satu perubahan.YB Salehuddin Ayub dilapurkan oleh akhbar Sinar Harian menyatakan bahawa PAS sudah bersedia untuk berubah dan hanya menunggu isyarat dari DSAI sahaja.TGNA dalam akhbar yang sama pula berkata DSAI mendapat sokongan penuh daripada PAS.Dua kenyataan yang sekaligus melenyapkan segala tuduhan negatif terhadap PAS selama ini yang dicuba ditonjolkan berbelah bagi dalam dalam membangunkan PR.Timbalan Presiden PAS yang terlibat secara langsung dalam kontraversial muzakarah dengan UMNO dulu juga kelihatan bersama sama DSAI di mana gambar Tok Guru Presiden dan Timbalan Presiden beramah mersa dengan DSAI disiarkan juga oleh akhbar Sinar Harian.



Hari ini tuduhan negatif kepada pakatan terutama penglibatan ahli PAS sudah semakin hilang.Tiada lagi kedengaran Erdogan,anai anai dan memakai baju PKR.PAS tidak lagi dikatakan taksub kepada DSAI,sekaligus percubaan pihak tertentu untuk melaga lagakan PAS dan PKR sudah mula menampakkan kegagalan.Begitu juga usaha membawa kerjasama dengan UMNO juga tidak berhasil.

UMNO sudah ditolak secara total oleh ahli PAS dan DSAI menjadi semakin popular.Untuk itu memang tepat sekali untuik menyatakan DSAI memang seorang pemimpin yang populis dan menjadi semakin populis akhir akhir ini.

Hakikat ini boleh dilihat di mana mana.Di beranda masjid, di kedai kopi, di majlis hari terbuka dan jamuan keraian, dan di TKO sendiri, kita boleh mendengar dan membaca komen komen mengenai DSAI mencakupi banyak aspek.Ada yang positif dan ada yang negatif, tetapi secara keseluruhannya, yang positif lebih banyak dari negatifnya.Satu tanda jelas bagaimana DSAI semakin hari semakin popular di kalangan rakyat.Di parlimen,DSAI juga mendapat perhatian.Rayuan yang dibuat oleh MP Sri Gading agar DSAI menghentikan usaha memujuk MP BN untuk berhijrah(orang BN dan seangkatan mereka gemar menggunakan istilah lompat) menunjukkan bahawa DSAI semakin digeruni lawan juga.Sikap tok katak Berahim Ali yang ego ketika membahaskan bajet 2009 juga menampakkan kegerunannya kepada DSAI.


Paling menarik ialah artikal dan tulisan yang berkaitan DSAI sering mendapat bacaan tinggi di TKO.Ada beberapa artikal berkenaan DSAI yang tersenarai di senarai 5 top minggu ini dan 5 top bulan ini.Itulah tren dan fakta yang seharusnya diterima.Bagi yang memilih untuk melawan arus,dinasihatkan agar memikirkan semula sudut pandangan mereka.Populis bermakna disokong secara majoriti dan insya Allah bakal dipilih sebagai peneraju negara.Oleh itu tidakkah terfikir oleh mereka mereka yang gemar memperlekehkan DSAI bahawa usaha mereka hanyalah seperti anjing menyalak bukit.Akhirnya mereka sendiri yang bakal menyesal.Pepatah mengatakan sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.

Tidak bijak dalam situasi sekarang untuk mencari alasan untuk menidakkan kemaraan DSAI.Tidak bijak mengatakan ahli PAS yang turut menyokong DSAI sebagai Erdogan,anai anai atau memakai baju PKR kerana sudah maklum bahawa PAS sudah menyatakan komitmennya dalam PR.Dan tidak bijak sama sekali menyatakan ahli PAS yang mempertahankan DSAI sebagai taksub kerana PR itu sendiri ialah merupakan satu pakatan yang kuat (bukan rapuh) dan mempertahankan DSAI bermakna mempertahankan PR.

Suatu yang mesti difahami dan diterima oleh semua ialah popularnya DSAI bukan sebarang popular.Popularnya DSAI juga membawa aspirasi rakyat untuk berubah kearah yang lebih baik.Kempen PRK PP menampakkan jurang jelas mengenai aspirasi yang dibawa DSAI berbanding serangan peribadi yang jijik oleh BN.Dan tekad serta komitmen DSAI kepada aspirasi rakyat ini bukan sekadar retorik atau sakastik,malah DSAI sudahpun membuktikan dirinya melalui pengalamannya menjadi banduan,keberaniannya berdepan dengan tuduhan liar liwat serta tidak langsung mengambil kesempatan kepada kepopularitinya di luar negara untuk mencari kemewahan peribadi.

Sambil itu rekod perkhidmatannya dengan kerajaan juga memberi keyakinan tambahan kepada rakyat.Sistem Vendor yang diperkenalkan di industri petrolium serta pelan pembangunan Bandar Tun Razak adalah hasil usaha DSAI yang masih dinikmati sebahagian rakyat sehingga hari ini.

Untuk itu,DSAI bukan sahaja populis tetapi menjadi sandaran rakyat untuk memimpin kearah yang lebih baik demi untuk masa depan zuriat keturunan kita.Masa untuk setiap rakyat Malaysia bertanya kenapa mesti kita melawan arus sedangkan di depan mata sudah ada pemimpin yang sanggup berdepan dengan segala cabaran untuk memenangkan rakyat?

No comments

Powered by Blogger.