Harga Bahan Bakar Semakin Turun, Harga Barang Bila Lagi?
benda ni aku kata dah..takkan jadi punya...dulu minyak naik hangpa kecoh je..p hulu p hilir...ni barang-barang sama je harga...takda kesan pa pun..kerajaan dok buat pa?naik harga barang hang ada kuasa tapi nak turun harga barang hangpa semua buat bodoh!! hang pa pikir la pelajar nak tampung kos hidup petani anak ramai..orang susanh bukanya sedikit...hangpa BN memang bodoh!!!
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Semakin lebar senyuman para pemandu di Malaysia apabila harga minyak diturunkan lagi 15 Okt lepas ekoran harga minyak di pasaran dunia jatuh di bawah paras AS80 setong baru-baru ini.
Penurunan harga petrol dan diesel 10 sen hingga 20 sen itu adalah yang ketiga dibuat kerajaan dalam tempoh tiga bulan. Kerajaan sebelum ini membuat penurunan harga minyak pada 24 Sept (10 sen) dan 23 Ogos (8 sen hingga 22 sen).
Harga pam petrol sekarang ialah RM2.30 seliter (RON97)dan RM2.20 (RON92) sementara diesel RM2.20 seliter.
Sudah tentu, ramai pengguna berharap penurunan tiga kali harga bahan bakar ini akan seiring dengan penurunan harga barang yang meningkat tinggi apabila kerajaan membuat kenaikan besar harga bahan bakar 4 Jun lepas.
selanjutnya....
PENGGUNA DIKELIRUKAN
Soal pengguna keliru atau dikelirukan dengan harga atau produk mungkin sudah lumrah. Dalam hal ini, Mohd Yusof berkata ia lazim berlaku apabila pengeluar membuat pembungkusan baru.
Katanya, ia sering berlaku kepada barang dalam tin dan susu formula untuk bayi. Walaupun kuantitinya sama, tetapi harganya berbeza apabila diperkenalkan pek baru.
"Seringkali juga apabila pek baru diperkenalkan, pengeluar menyediakan hadiah tertentu. Harga pek baru dinaikkan. Pengguna dikelirukan dengan kenaikan harga kerana telah diberikan hadiah. Kemudiana hadiah ditiadakan tetapi harga produk tetap sama. Secara tidak langsung, pengguna telah dibiasakan dengan harga yang baru ini," jelas beliau.
No comments
Post a Comment