Mesyuarat MT Umno malam ini~malaysiakini
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi di ibu pejabat Umno malam ini sewaktu muncul lagi konflik terbuka dalam kalangan pemimpin atasan parti itu.
Mesyuarat yang dijadual bermula jam 8.30 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dianggarkan akan memakan masa sekurang-kurangnya dua jam.
Presiden Umno melahirkan rasa tidak senangnya terhadap kenyataan naib presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap tempoh berkempen selama empat bulan "terlalu panjang."
Kenyataan itu dilaporkan usaha halus untuk mendesak Abdullah berundur lebih awal daripada yang dirancang Mac ini - keputusan terbaru yang dicapai dalam mesyuarat khas MT bulan lepas.
Abdullah pada asalnya merancang melaksanakan pelan penyerahan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada pertengahan 2010.
Pertemuan malam ini dipercayai akan membincangkan beberapa isu lain, termasuk agenda reformasi Umno.
Anggota MT dan juga bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dijangka membentangkan idea-idea memperbaharui Umno susulan ketewasan mengejut BN dalam pilihanraya umum Mac lepas.

No comments
Post a Comment