Peruntukan Mangsa Banjir Tidak Munasabah~malaysiakini
KUANTAN – Sultan Pahang mahu peruntukan perbelanjaan makanan mangsa banjir dinaikkan ke nilai yang lebih munasabah berbanding hanya RM8 sehari sekarang. Titah baginda, peruntukan tersebut terlalu rendah malah lebih rendah daripada yang diterima oleh pendatang tanpa izin dan pesalah-pesalah yang ditempatkan di lokap. Sehubungan itu, baginda akan mengemukakan perkara tersebut kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen secepat mungkin iaitu sebelum menyambut Hari Keputeraan baginda pada 24 Oktober ini.``Saya merasa sedih kerana kita telah memberi lebih daripada RM8 kepada pendatang tanpa izin begitu juga orang dalam lokap. “Saya minta perkara ini dikaji semula dan dinaikkan mungkin sekurang-kurangnya RM12,'' titah baginda kepada pemberita selepas mendengar taklimat persediaan menghadapi banjir bagi negeri Pahang di sini hari ini.
No comments
Post a Comment