KENAPA TIADA DEMONSTRASI?WAHAI PEMUDA UMNO, PUTERI UMNO,WANITA UMNO DAN PENGAMPU UMNO?


Najib: Unsur DEB dihapus beransur

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.
[Berita penuh]

UMNO cabar Guan Eng tarik balik kenyataan hapus DEB

[Ulasan Sukj]

1) Seperti yang saya telah nyatakan Najib adalah Rejim Mahathir. Iaitu pelingkup 'UMNO, Melayu dan Agama Islam'.

2) Bila Lim Guan Eng menyuarakan perkara yang sama terhadap kecacatan DEB, maka ramai sekali juak-juak UMNO keluar berdemonstrasi di Komtar, P.Pinang membantah kenyataan Guan Eng.

3) Adakah selepas ini terdapat juak-juak UMNO akan membantah kenyataan Najib itu?

4) Kini retorik Pemimpin-pemimpin UMNO kononnya berjuang demi Agama, bangsa dan negara hanyalah 'slogan kosong' sahaja.

5) Hakikatnya, siapakah sebenarnya yang telah mengikis atau menghapuskan keistemewaan orang Melayu sedikit demi sedikit. Adakah pembangkang atau UMNO sendiri?

6) Sila baca artikel di bawah.

BUTTERWORTH 15 Mac – UMNO Pulau Pinang hari ini mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya membentangkan secara terbuka perancangan untuk membangunkan orang Melayu dan rakyat termiskin di negeri ini.

Kerajaan negeri baru pimpinan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga didesak supaya menarik balik kenyataan berhubung penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, kenyataan Guan Eng mengenai tindakan membebaskan pentadbiran negeri daripada DEB menyinggung perasaan orang Melayu di negeri ini dan di Malaysia.

‘‘Memang wajar orang Melayu berasa marah terhadap kenyataan itu kerana jika DEB dihapuskan, orang Melayu akan menerima kesannya dan nasib mereka tidak akan dibela oleh kerajaan negeri itu,’’ katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan tertutup antara 11 wakil rakyat UMNO yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 dengan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini hari ini.

Azhar berkata, setelah melihat kebangkitan orang Melayu memprotes kenyataan itu, Guan Eng kini tidak lagi menyebut tentang DEB sebaliknya cuba mengubah topik dengan menyatakan kerajaan negeri mahu mengadakan tender terbuka terhadap projek dan perolehan kerajaan serta memerangi rasuah.

“Dari awal lagi, sejak angkat sumpah (sebagai Ketua Menteri) dia sudah nyatakan hendak hapuskan DEB bermula dari Pulau Pinang, bila dia tengok orang Melayu marah, dia salahkan media pula kononnya putar-belit cerita,” katanya.

Azhar berkata, apa yang sepatutnya dilakukan Guan Eng dan barisan Exconya ialah membentangkan perancangan teliti bagaimana hendak memajukan bukan sahaja masyarakat Melayu bahkan kaum India dan rakyat termiskin di Pulau Pinang.

‘‘Kalau beliau mempunyai perancangan, kenapa tidak bentangkan perancangan itu? Apa yang sedang dilakukan di sini ialah untuk meminggirkan orang Melayu,’’ katanya.

Ditanya sama ada beliau akan bertemu dengan Guan Eng seperti dinyatakan oleh Ketua Menteri itu, Azhar berkata, UMNO tidak takut untuk bersemuka tetapi mahu pertemuan tersebut dibuat secara terbuka.

Ini kerana, katanya, UMNO kurang yakin dengan keikhlasan Ketua Menteri yang didakwanya suka berdolak-dalik itu.

“Selepas angkat sumpah, beliau sudah menyatakan ingin menghapuskan DEB dan apabila beliau melihat reaksi orang Melayu marah, Guan Eng salahkan media.

‘‘Kalau kita (UMNO) berjumpa beliau, nanti beliau akan bercakap lain, sekarang ini di depan orang awam beliau menyatakan ini (DEB) kesalahan media, apa lagi jika kita mengadakan pertemuan dalam bilik yang tertutup,” ujar Azhar.

Mengulas dakwaan Guan Eng bahawa terdapat usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri baru melalui demonstrasi dan penyebaran khabar angin, Azhar menganggap ia satu tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

‘‘Ingat balik sejarah, orang yang selalu membuat demonstrasi dulu ialah DAP yang diketuai Guan Eng juga. Dulu beliau menganjur macam-macam, dari Melaka ke Kuala Lumpur hingga ke Pulau Pinang, namun apabila UMNO melakukannya sekali sahaja, beliau sudah gelabah dan susah hati.

‘‘UMNO memang tidak suka membuat demonstrasi tetapi kita sengaja hendak menunjukkan kepada kerajaan baru ini bagaimana perasaan pemerintah bila beliau buat demonstrasi dulu,” katanya. [Rujukan]

SU-KJ

No comments

Powered by Blogger.