rileks la kawan...ibrahim ali rileks je dok balun pas..

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) melanggari aku janji yang dibuatnya ketika dipilih bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Malah, mereka menggesa Nasaruddin melepaskan jawatan sebagai Adun kerana kemenangannya pada pilihan raya umum lalu adalah atas nama BN yang diiktiraf pengundi kawasan itu.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata selain yakin majoriti wakil rakyat Umno masih setia dan akan terus kekal dalam parti, beliau percaya BN akan dapat mentadbir semula kerajaan Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, beliau berharap wakil rakyat BN mempunyai pendirian yang teguh dan terus kekal dalam parti walau parti berdepan keadaan sukar ketika ini.

"Sepatutnya apabila membuat aku janji untuk mewakili BN, dia kena duduk sebagai Adun BN dan tidak sesekali pindah atau lompat ke parti lain. Dari segi moral, tindakan Nasaruddin adalah salah," katanya.

Di Melaka, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata Umno akan membuat semakan dan menyiasat punca yang membawa kepada keputusan mengejut Nasaruddin.

"Umno negeri akan meminta Badan Perhubungan Umno Perak dan BN menyiasat perkara itu dan mengemukakan laporan lengkap mengenainya," katanya.

Sambil melahirkan rasa terkejutnya, Mohd Ali yang juga Pengerusi BN Melaka mahu kepimpinan tertinggi BN segera menyiasat perkara itu bagi menentukan jenis tindakan susulan yang perlu dilakukan demi menjamin keutuhan Umno dan BN.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tindakan Adun itu membuktikan Nasaruddin bukan seorang pejuang bangsa kerana mudah patah semangat.

"Ada kalanya parti menang, ada kalanya parti kalah, takkan dia nak selalu berada di parti yang menang. Semua pihak perlu berwaspada dengan individu seperti ini, satu hari nanti kalau Umno menang, adakah dia akan lompat balik ke Umno," katanya.

Beliau berkata, dari segi moralnya, Nasaruddin sepatutnya melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat kerana pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota mahu orang BN mewakili mereka.

Katanya, jatuh, bangun, kalah dan menang adalah perkara biasa dalam polisitik dan semua itu menguji sama ada seseorang individu berpegang pada prinsip atau sebaliknya.

bh

hangpa ni...pas kelantan rileks je bila raja katak dok balun pakatan...ni sorang je keluar kecoh satu kampun suruh letak jawatan....bila raja katak dok balun pakatan hangpa gelak....puuuiiiihhhhh ambik kat hang umno!!

No comments

Powered by Blogger.