Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Anjuran KeADILan meriah
[Gambar didalam] MAJLIS Perayaan Tahun Baru Cina yang dianjurkan KeADILan semalam meriah dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama KeADILan yang berbangsa cina serta kehadiran Ketua Pembangkang Dewan Rakyat yang juga Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim.
Perayaan berkenaan yang diadakan di Dewan Persatuan Hokkien Klang semalam turut dihadiri oleh Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali yang turut memberikan sumbangan kepada fakir miskin.
Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden Pas Husam Musa turut berkesempatan untuk menghadiri majlis meriah ini.
Ketua Penerangan KeADILan Selangor , Tan Yee Kew selaku pengarah program turut memberikan ucapan aluan dalam majlis perayaan Tahun Baru Cina yang pertama kalinya dianjurkan sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor itu.
Selain ucapan daripada pemimpin utama parti, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan. Makanan juga akan dihidangkan.
No comments
Post a Comment