TERIMA KASIH LA NAJIB

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan untuk memperbaiki dan memperbetulkan sebarang ketidakadilan dalam apa juga bidang yang boleh memberi tekanan kepada mutu kehidupan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri, berkata sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Barisan Nasional (BN) mahu sentiasa bertindak secara adil untuk terus mendapat keyakinan dan kepercayaan serta mandat daripada rakyat.

“Dalam apa juga bidang, jika ada berlaku ketidakadilan, kita akan betulkan keadaan bagi memberi jaminan mutu hidup lebih baik kepada rakyat.

“Tanggungjawab kerajaan adalah memastikan inilah negara yang dikatakan bumi bertuah,” katanya selepas merasmikan Seminar Pemantapan Imej Pengusaha Teksi Lembah Klang dan penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Teksi Lembah Klang (Fasa 1) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Najib yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengangkutan Awam turut menyampaikan surat tawaran permit teksi individu kepada 12 daripada 1,394 pemandu teksi yang juga kumpulan pertama daripada keseluruhan 3,000 yang akan memperoleh permit itu.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar; timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Musa Mohammed dan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran.

Najib yang juga Menteri kewangan berkata, sebagai contoh, ketidakadilan yang dikesan menerusi pemberian permit teksi kepada syarikat mendorong kerajaan memperkenalkan semula permit teksi individu bagi memastikan pemandu teksi dapat hidup lebih selesa.SELANJUNYA..

No comments

Powered by Blogger.